Home » PENYELIDIKAN

PENYELIDIKAN

Menjalankan Penyelidikan Yang Memberi Manfaat Kepada Ahli Masyarakat

INHAD menjalankan penyelidikan secara lebih saintifik dan sistematik berkaitan dengan hadis secara berterusan bagi memenuhi keperluan semasa akademik dan masyarakat tempatan melalui penglibatan tenaga pekerja di INHAD sendiri atau dengan kerjasama pihak luar. Penyelidikan yang dijalankan akan memberi manfaat kepada masyarakat dengan hadis itu sendiri sama ada melalui permohonan geran yang ditawarkan oleh pihak luar atau dalaman KUIS.

Penghasilan Program, Produk atau Servis yang Mesra-Pelanggan Berdasarkan Hasil Penyelidikan

INHAD juga berusaha mengisi ruang kosong yang kritikal berkenaan dengan isu-isu semasa hadis untuk membantu menangani kekeliruan masyarakat dalam memahami dan berinteraksi dengan hadis.  INHAD cuba untuk mengaplikasikan hadis secara lebih mudah dan mesra-pelanggan seperti:

a) Brosur bertema hadis tertentu untuk tujuan pendidikan masyarakat dan ia diedarkan secara percuma sebagai salah satu dari tanggungjawab INHAD untuk menyampaikan ilmu hadis.

b) Tempahan template brosur bertemakan topik perkahwinan dan kekeluargaan untuk doorgift majlis perkahwinan.

c) Penyediaan modul pencegahan terhadap pengaruh fahaman anti hadis yang berdaftar dengan Akta Harta Intelek  (Intelectual Properties [IP]) yang dibuka untuk tujuan franchaise.

d) Penyediaan applikasi telefon pintar untuk rujukan hadis mawdhu’ (موضوع) atau hadis rekaan/palsu, pendidikan hadis-hadis asas kepada kanak-kanak dan sebagainya.


 

 

 



Hakcipta Institut Kajian Hadis (INHAD) 2015©. Hakcipta Terpelihara.

Segala isi kandungan di dalam laman web ini adalah hak milik INHAD dan pemberi maklumatnya. Apa-apa bentuk penggunaan pihak lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran pihak INHAD adalah salah di sisi undang-undang cyber.

PENAFIAN: INHAD tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman ini.


LOGO

September 2017
M T W T F S S
     
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930