BENGKEL ONLINE JOURNAL SYSTEM (OJS) – (BAHAGIAN EDITOR)


(18 Jun 2020, Khamis, Dewan Senat, KUIS)- Institut Kajian Hadis & Aqidah telah mengadakan satu lagi bengkel kali kedua iaitu Bengkel Online Journal System (OJS) untuk bahagian Editor. Bengkel ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang peranan Journal Manager, Editor, Reviewer. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Dr. Abur Hamdi Usman iaitu pensyarah kanan, Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam (FPPI), KUIS.