BUKU

BUKU-BUKU BAHASA ARAB

( RM – )

اسم الكتاب: الميسَّر في علم مصطلح الحديث

اسم المؤلّف: الدكتور سيد عبد الماجد الغوري

 : نبذة عن الكتاب

وُضع هذا الكتابُ في لغة سهلة وأسلوب مبسَّط، وحاول فيه مؤلِّفه الفاضل توضيح مسائل “علم مصطلح الحديث” ومباحثه، من خلال الأمثلة المشروحة المنتقاة من مصادره الأصيلة، بحيث سيمهّد هذا الكتاب للطلاب الطريق فيما بعد إلى قراءة أمهات الكتب في هذا العلم المبارك قراءةً واعيةً، ويُنشئ فيهم الرغبة في التخصص فيه بإذن الله تعالى


( RM 15.00 )

اسم الكتاب: إلى طالب العلم

اسم المؤلّف: الدكتور سيد عبد الماجد الغوري

: نبذة عن الكتاب

يبيِّن هذا الكتابُ لطالب العلم آداباً قيمةً مهمةً ينبغي له مراعاتها في طلب العلم الشرعي، ويقدِّم له نصائحَ مفيدةً وتوجيهاتٍ سديدةً، مُدعَمة بالآيات القرآنية، والأحاديث النبوية، وأقوال السلف الصالح

 


( RM 30.00 )

اسم الكتاب: مبادئ التعامل مع السنة النبوية

اسم المؤلّف: الدكتور سيد عبد الماجد الغوري

: نبذة عن الكتاب

بما أن السنة النبوية المصدرُ الثاني للتشريع الإسلامي، فلها أهمية عظيمة في فهم الإسلام والتعرُّفِ على أحكامه، ولا بُدَّ لإدراك معاني السنة، ومعرفةِ مقاصدها من حُسْن الفهم لها، فالفهمُ الصحيحُ لِما نُقل عن رسول الله r، ومعرفةُ مرادِه، هو الغايةُ من نقل السنةِ ودراستها، إذ به يتمكَّن المكلَّفُ من العمل وفق ما قصده الشارع الحكيم. لذلك اجتهد العلماء في وضع أُسُس وضوابط منهجية دقيقة للتوصُّل لفهم السنة النبوية فهماً صحيحاً، ووضعوا في ذلك كتباً مفيدةً، ومنها هذا الكتابُ الذي يعرِّف تلك الأُسُسَ والضوابطَ في أسلوب مبسّط مع الأمثلة القيمة، يُناسِب كُلَّ من لم تتعمَّق دراسته في الحديث وعلومه.


( RM 45.00 )

اسم الكتاب: معجم المصطلحات الحديثية

اسم المؤلّف: الدكتور سيد عبد الماجد الغوري

: نبذة عن الكتاب

يحتوي هذا الكتاب على نحو (2500) مصطلح من مصطلحات علوم الحديث وفنونه، والتي استخرجها المؤلِّف من بُطون كتبها؛ ليتمكَّن الدارسون وطلاب العلم من مراجعة تلك المصطلحات بيسر وسرعة، وخاصةً الذين يَشُقُّ عليهم الرجوع إلى مصادرها الأصلية لضعف الهمم، وفقدِ الشروط العلمية لديهم، فهذا الكتاب كنبراس لهم يهتدون به إلى بغيتهم بسهولة ويسر

 


 

(RM12.00)

 

اسم الكتاب: الضوابط الأساسية لفهم الحديث النبوي

اسم المؤلّف: الدكتور سيد عبد الماجد الغوري

: نبذة عن الكتاب

هذا للتعامل مع الحديث النبوي, واستظهار معانيه السنية, ومعرفة كنه مقاصده الشريفة؛ لابد له من صحة الفهم, وجودة الفقه, وحسن القصد, وسلامة الإدراك؛ ولأجذلك فقد وضعت بعض الضوابت المهمة التي تعين على حسن الفهم لنصوص الحديث النبي والاستدلال بها، والاستنباط منها, والاحتكام إليها, فيجب على الدراسين والمشتغلين في هذا المجال المبارك, أو غيرهم من العلماء والدعاة, الإلمام الجيد بتلك الضوابط؛ ليتجنبوا من الوقوع في الزلل أو الخطاء أو الغفلة في مهامهم الدينية والعلمية والدعوية

وهذا الكتاب يتحدث عن تلك الضوابط في أسلوب سهل مبسط مع أمثلة توضيحية من الأحاديث والآثار


(RM20.00)

 

اسم الكتاب: التعريف الوجيز بمناهج أشهر المصنفين في الحديث

اسم المؤلّف: الدكتور سيد عبد الماجد الغوري

: نبذة عن الكتاب

يتناول هذا الكتاب تعريف ودراسة مناهج أشهر الأئمة المصنفين لكتب الحديث النبوي في القرون الأربعة الأولى من الهجرة النبوية, أمثال: البخاري ومسلم من مصنفي كتب “الصحاح” وأبي داود والترمذي والنسائى وابن ماجه من مصنفي كتب “السنن” ومالك بن أنس من مصنفي كتب “الموطآت”, وأحمد بن حنبل وأبي يعلى المواصلي من مصنفي كتب “المساند”, وعبد الرزاق الصنعاني وابن أبي شيبة من مصنفي كتب “المصنفات”, والطبراني من مصنفي “المعاجم الحديثية”

وقد راعى المؤلف في تأليف هذا الكتاب:الاختصار مع سهولة التعبير, والتركيز على إبراز أهم خصائص مناهج هؤلاء الأئمة في تصنيفهم لتلك الكتب, وذكر المصطلحات الخاصة بهم, وكذلك التعريف بأهم الروايات والشروح والمختصرات لتلك الكتب


(RM-)

 

اسم الكتاب: علم علل الحديث:تعريفه وأهميته وأئمته وكتبه

اسم المؤلّف: الدكتور سيد عبد الماجد الغوري

: نبذة عن الكتاب

يبحث “علم علل الحديث” في الأسباب الخفية الغامضة التي تقدح في سند الحديث ومتنه مع أن الظاهر منه السلامة؛ لذلك يعد هذا العلم أحد أهم وأجل علوم الحديث ونقاده, كما أنه يتيح لهم فرصة التطبيق العملي لما قرؤوه من قواعد علوم الحديث

وهذا الكتاب يتناول تعريف هذا العلم الجليل من أبرز جوانبه, ويلقي الضوء على نشأته, ثم يبين أهمية دراسته وفوائدها, ثم يتحدث عن الأسباب التي تتسبب للإعلال في الحديث سندا ومتنا, ثم يعرف بقواعد اكتشاف العلل فيهما وكذلك بقرائن مهمة لإعلال الحديث. ثم يعرف بقواعد اكتشاف العلل فيهما وكذلك بقرائن مهمة لإعلال الحديث. ثم يتعرج على تعريف أهم كتب العلل وعلمها, وغير ذلك من المباحث المفيدة التي جمعها هذا الكتاب بين دفيته


(RM 32.00)

 

اسم الكتاب: صور مشرقة من الدعوة إلى الله في العهد النبوي من خلال الأحادثين ولآثار

اسم المؤلّف: الدكتور سيد عبد الماجد الغوري

: نبذة عن الكتاب

إن الدعوة إلى الله تبارك وتعالى هي الغابة العظمى التي لأجلها خلقت هذه الأمة, ولقد جاهد نبينا محمد صلى الله عليه وسلم في نشر هذه الدعوة الكريمة, وأوذي وعذب في سبيل ذلك, ثم استمر بعده أصحابه رضي الله عنه في أداء هذه المهمة الجليلة, وبذلوا في سبيل ذلك من النفيس والغالي حتى انتشرت هذه الدعوة المباركة في أرجاء المعمورة, وأخبارهم في ذلك كثيرة ومنتشيرة في كتب الأحادث والآثار, وهذا الكتاب استمد منها صورا مشرقة من هذه الدعوة اليمونة, وجمعها بين دفيته لتكون نبراسا يضيئ الطريق للدعاة في أداء مهمتهم المباركة


BUKU-BUKU BAHASA MELAYU:

 

( RM 80.00 )

 

Nama Buku: IMAM AL-BUKHARI

Oleh:  DR. MOHD FARID RAVI ABDULLAH

Sinopsis Buku:

Buku ini menyajikan kisah hidup Imam al-Bukhari bermula dari asal usul keturunan beliau pada susur galur moyangnya sehinggalah beliau menghembus nafas yang terakhir setelah melalui perjalanan yang penuh onak duri berbisa sepanjang memperjuangkan kebenaran dan kesucian ilmu-ilmu asas agama Islam bertunjangkan kaedah-kaedah yang dirumus khas daripada himpunan hafalan ratusan ribu hadis Nabi Muhammad s.a.w. Habib al-Rahman.


( RM 18.00 )

Nama Buku: HADIS PALSU: KAJIAN RINGKAS KOMPREHENSIF

Oleh:  DR. SYED ABDUL MAJID GHOURI.

Sinopsis Buku:

Buku ini mendedahkan beberapa kajian tentang hadis palsu termasuk definisi, hukum meriwayatkan, sejarah kemunculan dan sebab-sebab ia direka. Ia juga menjelaskan cara mengenali hadis palsu. Juga menyentuh pandangan para ulama terhadap hadis palsu serta usaha mereka dalam memerangi para pereka hadis palsu. Ia disudahi dengan peringatan tentang bahaya penyebaran hadis palsu pada masa kini. Juga cara untuk mengelak darinya supaya masyarakat tidak terlibat melakukan dusta ke atas Rasulullah SAW menjejaskan kedudukan baginda dan mengelak cubaan untuk merosakkan agama.


( RM 30.00 )

 

Nama Buku: PENGENALAN ILM AL – RIJAL.

Oleh:  DR. SYED ABDUL MAJID GHOURI.

Sinopsis Buku:

Ilmu ini adalah ilmu yang membahaskan tentang penelitian dan pengesahan terhadap nama-nama perawi hadis, nasab, kunyah serta gelaran mereka. Ia juga membahaskan tentang sejarah hidup para perawi dan segala maklumat yang diperlukan oleh pengkritik sanad seperti maklumat murid yang pernah mendengar daripada mereka dan yang tidak pernah mendengar daripada mereka, dan barangkali kadar apa yang didengar juga diperbahaskan sekadar yang mampu. Ilmu ini juga membincangkan segala yang berkaitan dengan keadaan perawi dari sudut al-Jarh wa al-Ta’dil di samping menerangkan tentang perihal periwayatan mereka dari sudut bersambung atau terputus. Buku ini menyentuh perbahasan ilm al-rijal dengan menggunakan gaya bahasa moden, mudah dan disertai dengan contoh-contoh yang bersesuaian serta latihan-latihan praktikal bagi membantu dan memperkasa pengetahuan para pembaca yang budiman berkaitan disiplin ilmu ini



( RM 27.00 )

 

Nama Buku: METODOLOGI TERBAIK MEMPELAJARI ILMU HADIS

Oleh:  DR. SYED ABDUL MAJID GHOURI

Sinopsis Buku:

Kitab ini merupakan satu inisiatif untuk membimbing pelajar kepada satu kaedah ilmiah yang jelas untuk menuntut ilmu hadis. Pengarang telah menyusun kaedah ini sebagai satu panduan dan bimbingan kepada penuntut ilmu hadis berdasarkan pandangan ulama dalam bidang ini. Kitab ini menjelaskan kelebihan dan kedudukan yang tinggi kepada pelajar ilmu ini sebagaimana yang termaktub dalam hadis nabawi dan kata-kata para salafusoleh. Justeru, mereka perlu dilengkapi dengan adab dan akhlak untuk menuntut ilmu ini. Kemudian, pengarang menekankan kepentingan menurut satu kaedah ilmiah untuk mencari ilmu ini. Kepentingan ini turut disokong dengan pandangan tokoh-tokoh ulama ilmu hadis. Seterusnya dibentangkan pula kaedah ilmiah yang perlu digunakan untuk memantapkan ilmu ini secara riwayat dan dirayah.


( RM 50)

 

Nama Buku: KAMUS ISTILAH HADIS

Oleh:  DR. SYED ABDUL MAJID GHOURI

Sinopsis Buku:

Pengarang mengemukakan sebanyak 2500 istilah-istilah ulum al-hadith dan disiplin ilmunya yang dikeluarkan daripada kitab-kitab berkaitan mustalah al-hadith bertujuan membantu para pembaca dan para pelajar merujuk istilah-istilah tersebut dengan pencarian yang mudah dan pantas. Sasaran pembaca adalah kepada para pelajar yang tidak mempunyai kemudahan untuk merujuk kepada sumber asal istilah yang terkandung dalam kitab rujukan asli disebabkan kelemahan yang dihadapi oleh mereka serta tidak mempunyai kepakaran dalam ulum al-hadith dan ketika berinteraksi dengan ilmu tersebut.


( RM 15.00 )

 

Nama Buku: IKON TERBAIK.

Oleh:  DR. SYEIKH ABU AL – HASAN ALI NADWI.

Sinopsis Buku:

Pengetahuan terhadap sirah, akhlak dan keperibadian Nabi Muhammad SAW merupakan suatu kewajipan setiap individu muslim dalam proses pembinaan jati diri muslim yang sebenar ke arah meneladani pesona peribadi mulia junjungan besar Muhammad SAW. Penterjemahan buku “Uswatun Hasanah” berkaitan keperibadian Rasulullah SAW ini merupakan hasil tahqiq dan susunan semula oleh Syed Abdul Majid Ghouri daripada kitab “al-Sirah al-Nabawiyyah” karya Syeikh Abu al-Hasan Ali al-Nadwi, tokoh ulama terkenal di India dan dunia Islam berdasarkan kehebatan, kepakaran, dan keilmuan yang dimiliki oleh al-Nadwi tatkala membicarakan tentang peribadi dan akhlak Rasulullah SAW. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada pembaca budiman ke arah proses mentarbiah diri sebagai Muslim seterusnya menyemarakkan lagi sinergi dan kecintaan umat Islam kepada Rasulullah SAW sebagai ikon terbaik dan Rahmatan lil ‘Alamin.



( RM 15.00 )

 

Nama Buku:  HADIS EMPAT PULUH AN-NAWAWI DAN PENGAJARANNYA

Oleh:  DR. MOHD FARID RAVI BIN ABDULLAH DAN MOHD NORZI NASIR

Sinopsis Buku:

Kitab ini merupakan himpunan 40 hadis Rasulullah s.a.w. yang dimuatkan oleh ilmuan Islam tersohor iaitu Imam al-Nawawi (wafat 676H). meskipun hanya mengandungi sejumlah 42 hadis, imam an-Nawawi mampu menarik perhatian pembaca melalui pemilihan hadis-hadis dari pelbagai bab, mencakupi segala perihal, urusan serta keperluan umat Islam samada aspek akidah, syariah, muamalah, akhlak dan selainnya. Pengetahuan, pemahaman dan pengaplikasian hadis-hadis ini dalam kehidupan amat dianjurkan kerana sabda Baginda s.a.w. merupakan wahyu; kaya dengan nasihat, peringatan serta mengandungi hal-hal yang sangat penting dalam usaha setiap Muslim melakukan semua ketaatan kepada Allah s.w.t.” Diharapkan melalui hasil kolektif 40 hadis yang disajikan oleh ulama tersohor ini, setiap Muslim akan memperolehi dapatan ilmu yang berharga tentang bagaimana Baginda s.a.w. mendidik dan menuntut umatnya agar selalu bersikap ambivalen, pesimis dan lari daripada hakikat sebuah kehidupan dunia yang bersifat sementara.


( RM 12.00 )

 

Nama Buku: MENELADANI RASULULLAH S.A.W. MELALUI AMALAN SEHARI  SEMALAM

Oleh:  DR. UMAR BIN MOWAFFAQ AL-NASHUQATI

Sinopsis Buku:

Buku meneladani Rasulullah melalui amalan sehari semalam ini menggambarkan perjalanan kehidupan dan aktiviti baginda dalam rutin seharian. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu amalan sehari semalam, hadis-hadis bab ibadah, bacaan al-Quran dan zikir-zikir harian umum. Semoga paparan isi kandungan buku ini akan dapat membuka lembaran baru dalam wawasan mempraktikkan amalan yang ditinggalkan oleh baginda S.A.W. sejak lebih 1400 tahun hijrah yang lalu melalui hadis-hadis dan doa-doa terpilih. Kesungguhan mempraktikkan amalan Rasulullah S.A.W. ini dapat menjadi pemangkin utama kepada penghayatan ibadah seterusnya mampu meningkatkan takwa dan pengabdian diri kepada ilahi. Amalan yang dilakukan baginda merupakan praktik yang mudah, lengkap, dan anjal serta dinamik.


( RM 20.00 )

 

Nama Buku: KAEDAH-KAEDAH TAKHRIJ AL-HADITH

Oleh:  DR. MOHD KHAFIDZ BIN SORONI 

Sinopsis Buku:

Dalam buku ‘kaedah-kaedah Takhrij Hadith’ ini pembaca akan didedahkan bagaimana cara untuk mentakhrijkan sesuatu hadith itu berdasarkan sumber-sumbernya yang asli sekiranya hadith tersebut bersumber, atau untuk mengetahui hukum palsunya sekiranya hadith itu tidak bersumber. Di samping dapat memastikan hukum hadith berkenaan sama ada dapat diterima ataupun ditolak berdasarkan penilaian ulama-ulama pengkritik hadith jika ada.

Jika sesuatu hadith tidak ditemui sumbernya setelah kita menjalankan proses takhrij melalui kaedah-kaedah yang telah diterangkan, maka besar kemungkinan hadith yang ingin dicari itu sememangnya tidak bersumber. Maka berat pada jangkaan, hadith yang tidak mempunyai asalnya ini merupakan hadith palsu yang perlu kita tinggalkan, dan juga menjadi kewajipan untuk kita menjelaskan kepalsuannya kepada orang lain.


( RM 25.00 )

 

Nama Buku: AMALAN BUDAYA SEHARIAN DALAM MASYARAKAT: PENILAIAN SEMULA MENURUT PERSPEKTIF HADIS

Oleh:  DR. ABUR HAMDI USMAN

 Sinopsis Buku

Semakin jauh suatu generasi daripada zaman Rasulullah SAW, Sahabat, Tabiin dan Tabi Tabiin maka generasi selepasnya dilihat semakin tenat dan teruk keadaannya, sama ada dari segi pemahaman ataupun pengamalan ajaran agama. Antara punca utama daripada kemerosotan ini adalah terhakisnya pegangan akidah, jauhnya manusia daripada budaya ilmu dan merebak kejahilan, sehingga impak yang paling berkesan daripada kemunduran selepas generasi terbaik umat ini adalah perpecahan dan perselisihan yang kerap berlaku, menjauhkan mereka daripada al-Quran dan sunnah RasulNya, bahkan tidak sedikit jumlahnya yang terjebak melakukan amal perbuatan yang bercanggah dengan kedua-dua sumber utama ajaran Islam tersebut. Menerusi buku ini, beberapa budaya masyarakat di sekeliling kita yang bercanggah dengan hadis ataupun sunnah Rasulullah SAW disorot dan dibincangkan secara ilmiah dan amat bersesuian menjadi bahan bacaan di setiap peringkat. Buku ini diharapkan membantu menyelitkan sedikit pencerahan berkaitan status hukum budaya seharian masyarakat yang begitu kerap dilakukan walhal ianya bercanggah dengan tuntutan dan petunjuk Rasulullah SAW.


( RM 20.00 )

Nama Buku: 40 HADIS SENYUM

Oleh:  DR. ABUR HAMDI USMAN

Sinopsis Buku

Motif buku ini untuk menyerlahkan keunikannya yang tersendiri dengan mengangkat dimensi sirah kehidupan Rasulullah SAW yang sentiasa menzahirkan wajah ceria serta menenangkan setiap insan yang menemuinya, meskipun Baginda sendiri sedang dirundung kesedihan serta pelbagai masalah. Berwajah manis dan penuh senyuman tatkala berinteraksi dengan orang lain, hatta dengan fakir miskin dan lemah merupakan manifestasi kekuatan peribadi Baginda. Kewamahan Rasulullah SAW dalam setiap pergaulan menjadikan Baginda amat disenangi dan disayangi oleh masyarakat sekelilingnya. Sehinggakan sesiapa yang memusuhinya turut menjadi segan serta hormat kepada Baginda. Bahkan hampir tidak pernah Baginda memaparkan wajah bengis, melainkan senyuman dan keterbukaan yang selalu Baginda hadirkan bilamana bersua dengan mereka yang membencinya. Wajarlah dikatakan tiada sedekah yang paling murah dan mulia selain senyuman Baginda hadirkan bilamana bersua dengan mereka yang membencinya. Wajarlah dikatakan tiada sedekah yang paling murah dan mulia selain senyuman penuh ceria. Justeru senyuman merupakan rahsia diri yang berisi pelbagai manfaat buat insan yang mengamalkannya mahupun mereka yang didorong untuk tersenyum. Seringkali terjalinnya suatu kebersamaan sesama insan menjadikan suasana penuh kedamaian dan kehangatan lantaran sekuntum senyuman. Menerusi buku ini, semoga pembaca dapat merasai suasana kebahagiaan Rasulullah SAW dalam sisi riwayatnya serta menuai manfaat daripada untaian hikmah yang dihuraikan dalam hadis-hadis yang dipaparkan. Akhirnya hadapilah perjalanan hidup ini dengan senyuman yang telus indah.


(RM20.00)

Nama Buku: AUTORITI SUNNAH NABAWIYYAH BERDASARKAN DALIL-DALIL SYARAK

Oleh:  DR. SYED ABDUL MAJID GHOURI

Sinopsis Buku

Buku ini membahaskan dalil-dalil syarak dalam membuktikan autoriti Sunnah Nabi SAW. Ia dimulakan dengan definisi sunnah dari sudut bahasa sertas istilah. Kemudian diikuti dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis nabi yang menggalakkan setiap muslim berpegang dengan sunnah berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak dan lgik akal, kata-kata para sahabat r.a dan para ulama salaf tentang kewajipan berpegang dengan Sunnah turut diperincikan. Buku ini diakhiri dengan membawakan beberapa ayat al-Quran, hadis serta kata-kata ulama salaf agar sentiasa berwaspada terhadap aliran anti hadis. Semua perbahasan yang terkandung dalam buku ini menggunakan olahan yang mudah difahami oleh sesiapa sahaja yang tidak mendalami ilmu Islam.


(RM-)

Nama Buku: PENGANTAR PENGAJIAN SUNNAH NABAWIYYAH

Oleh:  DR. SYED ABDUL MAJID GHOURI

Sinopsis Buku:

Sunnah Nabawiyyah berada pada kedudukan yang agung dalam perundangan Islam. Kepentingannya terserlah melalui fungsinya sebagai penghurai dan penjelas kepada al-Quran.

Melihat kepada kedudukan Sunnah yang agung, maka setiap Muslim yang yang berilmu hendaklah menguasai aspek-aspek penting mengenainya seperti:kedudukan Sunnah dalam agama dan perundangan serta keperluan mendesak agar berpegang dengannya dalam beragama dan bersyariat. Setiap Muslim juga seharusnya menguasai kaedah-kaedah memahami Sunnah serta mengetahui keraguan dan penyelewengan yang disandarkan kepadanya dengan tujuan menjatuhkan keabsahan penghujahannya. Setiap Muslim hendaklah didedahkan kepada sumber-sumber Hadis yang digunakan sebagai dalil dan pengetahuan tentang martabat Hadis sama ada Sahih atau Daif.

Buku ini mengandungi topik-topik penting dan diolah dengan pendekatan yang mudah bagi pembaca yang belum mendalami pengajian Sunnah dan belum menguasainya.


(RM20.00)

 

Nama Buku: MANAHIJ AL-MUHADDITHIN (METODE & PENDEKATAN SARJANA HADITH)

Oleh:  PROF. DR. FAISAL AHMAD SHAH, DR. MOHD KHAFIDZ SORONI, DR. ROSNI WAZIR

Sinopsis Buku:

Buku “Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith” ini membincangkan mengenai kategori dan jenis karya-karya hadith beserta metode yang diaplikasikan oleh para sarjana hadith. Buku ini membahaskan 21 kategori karya hadith dengan kupasan metode kepada 40 buah karya hadith dianggap paling lengkap dan komprehensif yang pernah dihasilkan dalam Bahasa Melayu.

Bab pertama buku ini membincangkan mengenai fungsi dan kedudukan hadith pada masa kini. Dalam bab kedua pula, penulis membincangkan mengenai pengkaryaan hadith pada abad pertama penulisan hadith pada zaman Rasulullah SAW dan kontroversi yang timbul mengenai hadith-hadith suruhan dan larangan. Turut dibincangkan ialah mengenai sahifah-sahifah yang ditulis oleh para sahabat dan dua kitab utama yang dihasilkan pada kurun kedua iaitu Muwatta’ Malik dan Musnad al-Syafie’.

Kupasan mengenai al-Kuttub al-Sittah pula dibincangkan dalam bab ketiga. Manakala bab keempat dan kelima pula, sebanyak 20 jenis karya hadith yang dibincangkan. Antaranya; al-Mustadrakat, al-Mustakhrajat, Gharib al-Hadith, al-Ma’ajim, al-Ajza’, Mukhtalif dan Musykil al-Hadith, al-Masyaikhat, Sharah al-Hadith, al-‘Ilal, al-Takhrij, al-Atraf, al-Mawdu’at, hadith-hadith hukum, al-Jawami’, al-Zawa’id dan Kutub al-Rijal.

Setiap karya yang diperkenalkan dalam buku ini diulas secara komprehensif merangkumi biodata penulis, kandungan dan metode penulisan kitab. Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada para pelajar institusi pengajian tinggi secara khusus dan masyarakat awam secara umumnya.


(RM-)

 

Nama Buku: TERJEMAHAN MUKHTASAR SAHIH AL-BUKHARI (JILID 1)

Oleh:  IMAM AL-ZABIDI

Sinopsis Buku

Mukhtasar Sahih Al-Bukhari yang berada di tangan para pembaca ini telah disusun oleh seorang ahli hadis (muhaddith) dari Zabid, Yaman, iaitu Imam Zainuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Latif bin Abu Bakr al-Sharji Al-Zabidi al-Yamani (wafat 893H).

Keunikan dan kehebatan kitab ini terserlah melalui metodologi al-Zabidi dalam pemilihan hadis-hadis yang teliti serta penyusunan tema-tema yang jelas. Melalui kitab Mukhtasarnya, al-Zabidi menyaring semua hadis-hadis yang disebut berulang kali seperti yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari  dan hanya mengambil hadis yang mempunyai sanad muttasil (rantaian periwayatan yang bersambung dan tidak terputus). Tambahan pula menurut al-Zabidi, dengan sebab wujudnya sanad hadis yang banyak dan masyhur ia menyukarkan proses pencarian hadis bagi setiap pengkaji dan berkemungkinan seseorang pengkaji itu hampir-hampir tidak dapat menemui hadis yang diingini sehingga setelah dia berusaha dengan bersungguh-sungguh. Al-Zabidi mengumpulkan hadis-hadis yang kelihatan bertaburan di antara bab-bab (dengan meletakkannya di satu tempat yang sesuai) sehingga tidak terdapat pengulangan hadis dalam kitab Mukhtasarnya. Metodologi yang digunakan oleh al-Zabidi di dalam kitabnya telah memberikan nilai tambah kepada beliau serta dapatan baru yang bersifat ilmiah kepada umat Islam dalam sejarah kitab-kitab ringkasan hadis dan menjadikan kitabnya di antara kitab yang terpenting tatkala membicarakan kitab sahih al-Bukhari karya Imam al-Bukhari.

Adalah diharapkan dengan penerbitan buku ini akan memberikan informasi berguna kepada semua, menjadi sumber bacaan dan rujukan di samping menjadi mendesiminasikan ilmu dan maklumat untuk lebih mengenali dan menjejaki ilmuan hadis Imam al-Zabidi. Meskipun usaha penterjemahan ringkasan al-Zabidi telah diterbitkan dalam versi Bahasa Melayu amat perlu dilakukan kerana terdapat terma-terma dan perkataan-perkataan Indonesia sukar difahami berikutan ia tidak dikongsi dalam pertuturan Bahasa Melayu. Tidak salah umat Islam meletakkan hasil karya tokoh ini dalam bidang keintelektualan  dan dakwah islamiah dalam rangka membuka minda masyarakat agar lebih proaktif dalam memahami Islam dan seterusnya melakukan loncatan saujana memperbaiki imej umat Islam di mata dunia.


 

(RM-)

 

Nama Buku: PENGENALAN ILM AL-JARH DAN AL-TAD’IL

Oleh:  DR. SYED ABDUL MAJID GHOURI

Sinopsis Buku

Buku al-Jarh wa al-ta’dil ini pada asalnya merupakan sub topik dalam kebanyakan topik yang termuat dalam buku “al-Muyassar Fi ‘Ilm al-Rijal”. Ia merupakan antara ilmu ulum al-hadith  terpenting dan terbesar. Melalui ilmu ini adalah dan dabt para perawi dapat diketahui. Demikian juga perihal keadaan mereka dari sudut ta’dil yang menghiasi diri atau tajrih yang merendahkan martabat mereka. Ilmu ini hanya dimiliki secara istimewa oleh umat Islam berbanding umat yang lain.


(RM-)

 

Nama Buku: KOLEKSI HADIS NASIHAT RASULULLAH SAW KEPADA PEMIMPIN

Oleh:  DR. ABUR HAMDI USMAN, DR. UMAR MUHAMMAD NOOR

Sinopsis Buku

Setiap kita adalah seorang pemimpin. Dalam kehidupan seharian, seseorang tidak dapat lari daripada menjadi pemimpin atau orang yang dipimpin. Perkara ini berlaku dalam peringkat sama ada dalam institusi keluarga, tempat kerja, bahkan kehidupan bernegara. Sebagai agama yang sempurna, Islam telah meletakkan panduan  yang mengatur pihak pemimpin dan pihak yang dipimpin. Menerusi Rasulullah SAW, pelbagai hadis mengingatkan kepentingan untuk menegakkan nilai-nilai murni dalam kepimpinan sekali gus menggalakkan pihak bawahan untuk setia dan patuh kepada pemimpin mereka. Buku KOLEKSI HADIS NASIHAT RASULULLAH SAW KEPADA PEMIMPIN ini diharapkan dapat menyumbang pencerahan berkaitan amanah dan komitmen seorang pemimpin menurut Sunnah. Sekali gus menjadi indikator penilaian bahawa tahap kejayaan seorang pemimpin mesti diukur dengan merujuk neraca syariat bagi memastikan keberkatan kepimpinan tersebut di kaca mata agama.

 

 


 

Hakcipta Institut Kajian Hadis (INHAD) 2015©. Hakcipta Terpelihara.

Segala isi kandungan di dalam laman web ini adalah hak milik INHAD dan pemberi maklumatnya. Apa-apa bentuk penggunaan pihak lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran pihak INHAD adalah salah di sisi undang-undang cyber.

PENAFIAN: INHAD tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman ini.