MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOA)


BANGI – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoA) antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah telah berlangsung secara dalam talian pada 21 Febuari 2020.
Tajuk penyelidikan yang dipersetujui bersama ialah Ensiklopedia Kajian Hadis di Selangor dan Pahang bertujuan untuk mengkaji mengenai tokoh-tokoh hadis serta sumbangan mereka, disamping untuk mengenalpasti peranan institusi-institusi dan aktiviti-aktiviti pengajian yang dijalankan berkaitan dengan ilmu hadis di Selangor dan Pahang.
MoA ini telah ditandatangani oleh Dr. Mokmin Basri Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan) dan disaksikan oleh En. Zulhizzam Hamzah (Pendaftar) dan juga Dr. Norsaleha Mohd Salleh daripada Institut Kajian Hadith dan Akidah KUIS.