KURSUS PENGAJIAN

Selain daripada seminar, syarahan, muzakarah serta bengkel INHAD juga menyediakan kelas-kelas pengajian hadis untuk sesiapa yang berminat, ada yang dijalankan secara percuma dan non-formal; dan ada yang dikenakan yuran yang berpatutan.

Kelas Talaqqi Pengajian Hadis

Kelas-kelas talaqqi hadis ini dilakukan di Masjid al-Azhar, KUIS melibatkan guru-guru hadis yang bertauliah dan menggunakan kitab yang berautoriti dalam bidang hadis. Ia dilakukan secara percuma dan merupakan salah satu daripada tanggungjawab INHAD untuk menyebarkan ilmu hadis kepada umat Islam.

 

Modul Pengajian Hadis dan Ilmu-ilmu Hadis

Kelas-kelas pengajian hadis dan ilmu-ilmunya yang mesra masyarakat diadakan pada pagi Sabtu setiap hujung minggu mengikut pakej yang ditentukan. Tenaga pengajarnya melibatkan tenaga-tenaga bertauliah daripada INHAD dan pensyarah Hadis dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf. Sijil Penyertaan akan dianugerahkan bagi peserta yang berjaya menamatkan sesi modul dan lulus ujian pemahaman modul di akhir kelas pengajian.


Hakcipta Institut Kajian Hadis (INHAD) 2015©. Hakcipta Terpelihara.

Segala isi kandungan di dalam laman web ini adalah hak milik INHAD dan pemberi maklumatnya. Apa-apa bentuk penggunaan pihak lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran pihak INHAD adalah salah di sisi undang-undang cyber.

PENAFIAN: INHAD tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman ini.