BENGKEL PENULISAN ARTIKEL DALAM JURNAL MELALUI SISTEM OJS


(29 JULAI 2020, RABU)- Institut Kajian Hadis & Aqidah telah mengadakan satu lagi bengkel kali ketiga iaitu Bengkel Penulisan Artikel dalam Jurnal Melalui Sistem OJS. Bengkel ini bertujuan untuk memberi penerangan tentang bagaimana menghantar jurnal melaluis sistem online yang dipanggil online journal system (OJS). Bengkel ini juga telah dipengerusikan sekali lagi oleh Dr. Abur Hamdi Usman iaitu pensyarah kanan, Jabatan Dakwah dan Usuluddin, Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam (FPPI), KUIS. Bengkel ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat FPPI 1.