LAWATAN STRATEGIK BAHAGIAN PENYELIDIKAN KUIPSAS KE INHAD, KUIS


(18 Februari 2020)–  Bahagian Penyelidikan dan Inovasi (BPI) KUIPSAS yang diketuai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, YBrs. Dr. Ahmad Effat bin Mokhtar hari ini mengadakan Lawatan Strategik ke  Institut Kajian Hadis dan Aqidah (INHAD), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Lawatan ke INHAD KUIS pula diadakan untuk membincangkan ‘matching-grant’ di antara Akademi Hadis KUIPSAS dan INHAD bagi menjalankan penyelidikan dalam bidang Hadis. Perbincangan ini berfokus kepada tajuk penyelidikan serta peruntukan kewangan yang disediakan. Perbincangan telah dihadiri oleh Pengarah INHAD, YBhg. Dr. Norsaleha binti Mohd Salleh dan Dr. Mohd Khafidz bin Soroni (Ketua Bahagian Hadis).