TARIKH: 27 DISEMBER 2018
MASA: 10.00 PAGI
TEMPAT: AUDITORIUM SAID RAMADHAN AL-BUTI
Tarikh: 14 FEBUARI 2018
Tempat: DK Hassan Omar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
Tajuk: Bedah Buku; Ikon Terbaik ; Al Muhaddith Syeikh Abu Hasan Ali Al-Nadwi
Ahli Panel: Ustaz Mohd Norzi Bin Nasir, Felo Penyelidik Muda INHAD
Moderator: Dr. Abur Hamdi Bin Usman, Ketua Unit Hadis INHAD
Tarikh: 2 FEBUARI 2018
Tempat: DK Hassan Omar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
Tajuk: Biacara Sarjana Hadis 3 ( BIAS )
Penceramah: Al Fadil Ustaz Khafidz Bin Soroni
Tarikh: 26 JANUARI 2018
Tempat: Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
Tajuk: Daurah Kitab Aqidah
Penceramah: Al Habib ‘Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid
Tarikh: 27 DISEMBER 2017
Tempat: DK Hassan Omar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
Tajuk: Biacara Sarjana Hadis 2 ( BIAS )
Penceramah: Al Fadil Syeikh Prof. Dr. Mustafa Abu Sulaiman Al-Nadwi
Penterjemah: Al Fadil Ustaz Khafidz Bin Soroni
Tarikh: 26 DISEMBER 2017
Tempat: Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
Tajuk: Maulid Akbar 2017, ” Kelahiranmu Satu Rahmat “
Tarikh: 3 JUN 2017
Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
Tajuk: Sijil Asas Pengajian Hadis ( SAHIH )
Tarikh: 3 JUN 2017 & 7 JULAI 2017
Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
Tajuk: Kursus Intensif ( Kibar, Tajwid, Tarannum, Tafsir, Sahih, ESSP )
Pensyarah:
- Ustaz Dr. Farid Ravi
- Ustaz Redzaudin
- Ustaz Khafidz Soroni
- Ustaz Rasyidi
- Teacher Atiqah
- Ustaz Husaini Mahmur
- Ustazah Husna
Tarikh: 15 NOVEMBER 2017
Tempat: Dewan Hasan Omar
Tajuk: 2nd INHAD International Muzakarah & Mu’tamar On Hadith ( IMAM 2 )
Maklumat Lanjut: INHAD International Muzakarah & Mu’tamar On Hadith
Tarikh: 15 Disember 2016
Tempat: Auditorium Said Ramadan al-Buti
Tajuk: Kembara Maulid Nabawi
Penceramah: Syeikh Dr. Atiyyah Mustafa Muhammad
Tarikh: 3 Disember 2016
Tempat: Auditorium Zainuddin Jaafar Audi PTD
Tajuk: Simposium Tarekat Tasawuf Negeri Selangor
Tarikh: 19 NOVEMBER 2016
Tempat: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS )
Tajuk: International Seminar On Multi Ethnic And Cross Culture ( ISMEC )
Maklumat Lanjut: International Seminar On Multi Ethnic & Cross Culture
Tarikh: 25 APRIL 2016
Tempat: Federal Hotel Bukit Bintang Kuala Lumpur
Tajuk: Seminar 1st INHAD Muzakarah And Muktamar On Hadith (IMAM2016)
Tarikh: 22 MAC 2016
Tempat: Makmal 6 Akademik Blok IT
Tajuk: Bengkel Takhrij ICT (Pensyarah) 2016
Penceramah: Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni
Tarikh: 26 FEBUARI 2016
Tempat:BS 5107, Aras Bawah, Blok Akademik 3
Tajuk: BEngkel Bedah Buku (SIRI 2)
Penceramah: Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni
Lawatan Ilmiah Maulana Sayyid Muhammad Muhammad Syahid bin Syahid bin Syayyid Muhammad Liyas as-Saharanpuri
Tarikh: 1 FEBUARI 2016 (Isnin)
Tarikh: 4/12/2015 (Auditorium sa’id Ramadhan al-buti, bangunan Fppi,)
Tajuk: Syarahan Isu Semasa: Penyebaran Hadis Palsu Dalam Media Massa & Sosial : Realiti Dan Cabaran
PENCERAMAH : DR.FAISAL AHMAD SHAH (APIUM)
INHAD berhasrat untuk mengadakan syarahan terbuka ini dengan tujuan untuk menerapkan kesedaran dalam diri khususnya mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan masyarakat luar kampus tentang kepentingan untuk mendalami ilmu pengetahuan dalam mendepani era globalisasi ilmu.
Isu-isu ikhtilaf yang sedang berlaku di dalam masyarakat kini mula menampakkan bibit-bibit yang kurang enak sehingga memunculkan golongan yang suka membid’ah dan menyesatkan orang lain, terutama yang mempunyai pegangan mazhab atau pendirian yang tidak sama dengan mereka. Sifat sebegini seharusnya dibendung dengan segera kerana perbezaan pandangan yang berlaku di antara ulama, seharusnya diperhalusi secara harmoni, bukan dengan pandangan taksub dan jumud. Ini adalah lambang kebijaksanaan, kelenturan dan kehebatan ajaran Islam itu sendiri. Oleh itu ia perlu ditangani dengan penuh adab dan etika yang terbaik yang telah digariskan oleh ulama sebelum ini.
Berkaitan dengan isu ikhtilaf ini juga membawa kepada satu lagi isu yang tidak kurang panasnya iaitu bidaah. Isu ini juga perlu ditangani dengan bijaksana, penuh etika dan adabnya supaya tidak menimbulkan perpecahan dan huru-hara.
SYARAHAN ISU SEMASA
Tarikh: 27 NOVEMBER 2015 (Auditorium Sa’id Ramadhan al-Buti, Bangunan FPPI)
Tajuk : SYARAHAN ISU SEMASA : ISU AKIDAH DAN MURTAD REALITI SEMASA
Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah-ku”. (Riwayat Imam Malik) Demikian tingginya kedudukan hadis Nabi SAW yang menjadi rujukan utama selepas al-Quran. Bagaimanapun, selepas lebih 1,400 tahun kewafatan Baginda, telah muncul hadis-hadis palsu yang kemudiannya disebar luas sehinggakan ia menjadi ‘rujukan’ bukan sahaja para ustaz dan penceramah tetapi juga masyarakat awam. Dalam dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari, kesan penyebaran hadis palsu itu semakin dirasai. Jika tidak dibendung perkara ini boleh menjadi barah dalam masyarakat. Umat Islam yang jahil sewenang-wenangnya menyebarkan apa sahaja yang dikatakan hadis tanpa menyiasat terlebih dahulu sumber yang diambil.
Sehubungan itu, syarahan ini diadakan bagi memberi kefahaman, mengingatkan umat Islam tentang bahaya penyebaran hadis palsu di sisi agama dan semoga ia akan menyumbang kepada usaha-usaha membanteras penyebaran hadis palsu dengan lebih berkesan.
KERTAS CADANGAN SIRI-SIRI BENGKEL KUPASAN BUKU
Tarikh: 11 SEPTEMBER 2015 (BS 5107, Blok 5, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor)
Tajuk : SIRI-SIRI BENGKEL KUPASAN BUKU
Ilmu hadis adalah umpama lautan yang luas dan bukan mudah untuk seseorang pelajar itu mempelajari dan memahaminya. Mengharungi ilmu ini memerlukan kecekalan hati dan kekuatan mental.
Adalah sangat penting bagi pelajar untuk membuat pengkhususan dalam bidang yang diminatinya setelah mempelajari ilmu-ilmu dalam bidang tertentu. Ulama terdahulu telah memberi penekanan khusus terhadap pengkhususan terutama ilmu hadis yang dikira ilmu yang sangat kritikal untuk dipelajari.
Setiap penuntut ilmu perlu berpegang dengan metode ilmiah yang jelas supaya dapat menimba ilmu dengan cara yang betul, lebih-lebih lagi dalam mempelajari ilmu hadis nabawi.
Pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan buku-buku hadith yang penting dan significant dalam pengajian mereka, bukan hanya sekadar buku-buku yang dijadikan teks dalam kuliah.
Kupasan yang dibuat juga nanti bukan sekadar melibatkan pensyarah JQS yang merupakan fello INHAD, bahkan pelajar-pelajar juga, terutama pelajar JQS.
BENGKEL PENDEKATAN KUALITATIF UNTUK PENYELIDIKAN PENGAJIAN ISLAM
Tarikh: 27 MEI 2015 (Tempat : Dk Hassan Omar (Ak 3)
Tajuk : Bengkel Pendekatan Kualitatif Untuk Penyelidikan Pengajian Islam
Penyelidikan merupakan satu proses mencari jawapan kepada sesuatu persoalan atau pun penyelesaian untuk sesuatu masalah. Oleh itu penyelidikan bukanlah merupakan pengumpulan maklumat atau mengambil data atau penyusunan maklumat semata-mata. Peringkat pertama yang perlu dilakukan oleh penyelidik adalah menentukan fokus penyelidikan yang akan menentukan banyak perkara asas dan elemen teknikal dalam pengajian dan kerja-kerja penyelidikan. Fokus penyelidikan itu jugalah yang akan menentukan pendekatan yang akan digunakan. Terdapat dua jenis pendekatan yang umum dalam penyelidikan iaitu pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Bengkel yang akan dilaksanakan ini memfokuskan hanya pada penyelidikan kualitatif yang dilihat lebih bersesuaian dengan pengajian Islam yang kurang bergantung kepada nombor atau statistik dalam memberi penjelasan terhadap pembolehubah yang dikaji. Ini adalah kerana pendekatan kualitatif digunakan untuk mengkaji suasana atau proses yang sukar diukur dengan nombor seperti imej diri, tingkah-laku, kesedaran, pengaruh dan lain-lan.
Keistimewaan bengkel ini adalah menjadikan pendekatan kualitatif ini lebih mesra kepada penyelidikan pengajian Islam. Ini adalah kerana kebanyakan bengkel kualitatif yang ada di luar sana lebih mesra kepada pengajian sains sosial berbanding pengajian Islam itu sendiri. Bengkel ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas tentang pendekatan kualitatif yang sesuai dengan tabiat dan ciri-ciri yang ada pada penyelidikan pengajian Islam.
Tarikh: 25 MEI 2015 (Perpustakaan Institut Kajian Hadith (INHAD))
Tajuk : Majlis Perasmian Penamaan Perpustakaan Inhad “Perpustakaan Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani”
Terdapat lebih daripada 2000 buah buku di dalam perpustakaan INHAD meliputi pelbagai disiplin ilmu Islam tetapi hampir 2/3 daripadanya adalah kitab-kitab hadis sama ada yang klasik atau modern.Semenjak ia diwujudkan, perpustakaan ini menjadi tempat yang sesuai untuk pegawai-pegawai penyelidik INHAD, kakitangan akademik dan juga pelajar mencari rujukan dan membuat penyelidikan.Pelajar-pelajar dari jabatan al-Quran dan al-Sunnah, sama ada sarjana muda atau diploma menggunakan perpustakaan ini untuk matapelajaran Takhrij al-Hadith bagi setiap semester.Melihat kepada keperluan yang kepentingan perpustakaan ini kepada warga KUIS, kami membuat keputusan untuk menaiktaraf kemudahan di dalamnya dan melakukan penjenamaan semula.Menaiktaraf perpustakaan adalah selari dengan hasrat dan dasar KUIS yang ingin menjadikan perpustakaan sebagai satu tempat yang mampu menarik minat pelajar sekaligus dan memaksimakan penggunaannya.Perpustakaan INHAD ini akan dinamakan sebagai “Perpustakaan Syeikh Muhammad Yasin Al-Fadani” bersempena nama seorang tokoh hadith berketurunan Melayu yang unggul dalam dunia Islam.
Hakcipta Institut Kajian Hadis (INHAD) 2015©. Hakcipta Terpelihara.
Segala isi kandungan di dalam laman web ini adalah hak milik INHAD dan pemberi maklumatnya. Apa-apa bentuk penggunaan pihak lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran pihak INHAD adalah salah di sisi undang-undang cyber.
PENAFIAN: INHAD tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman ini.