Menerima Pelajar Latihan Industri
INHAD juga menawarkan institusinya sebagai tempat latihan industri kepada bakal graduasi institusi-institusi pengajian tempatan sama ada awam atau swasta. Pelajar akan didedahkan dengan operasi pentadbiran, penyelidikan, dan perundingan yang dijalankan di INHAD secara berperingkat sebagai sebahagian daripada tenaga kerja INHAD sementara dengan sedikit imbuhan berkala.
Bengkel Takhrij Hadis ICT
INHAD mengadakan bengkel hands-on cara-cara mentakhrij hadis menggunakan kaedah ICT terkini di makmal ICT KUIS seperti menggunakan program software Maktabah Shamilah, Barnamij Jawaami’ al-Kalim – Mawsu’ah Haditsiyyah Shamilah (mengandungi 1400 sumber rujukan hadis), dll. dari program-program popular seumpamanya yang wujud di pasaran semasa. Bengkel berbentuk praktikal ini disediakan untuk warga akademik dan pelajar.
Hakcipta Institut Kajian Hadis (INHAD) 2015©. Hakcipta Terpelihara.
Segala isi kandungan di dalam laman web ini adalah hak milik INHAD dan pemberi maklumatnya. Apa-apa bentuk penggunaan pihak lain termasuklah peniruan, pengubahsuaian, pengedaran dan penyiaran tanpa kebenaran pihak INHAD adalah salah di sisi undang-undang cyber.
PENAFIAN: INHAD tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman ini.