(5 Mac 2020, Khamis, Perpustakaan INHAD)- Institut Kajian Hadis & Aqidah telah mengadakan satu bengkel iaitu Bengkel Online Journal System (OJS). Bengkel ini bertujuan untuk menerokai dan mempelajari cara menghantar jurnal melalui sistem online. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh . Encik Mohamad Zulhilmi Mohd Nazar, Penolong Pendaftar, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAQ), Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM. Turut serta juga iaitu pengarah INHAD iaitu Dr Norsaleha Mohd Salleh serta pegawai penyelidik-penyelidik INHAD .