Home » ISU SEMASA

Category Archives: ISU SEMASA

FAEDAH-FAEDAH ULAMA HADIS


 

Please follow and like us:
0

SEMINAR LIBERALISME DAN MEDIA SOSIAL

16 Ogos 2018 (Khamis)
Masa Aktiviti
8.00 – 8.30 pg Pendaftaran Pembentang & Peserta
8.30 – 10.30 pg Pembentangan Slot 1

(Moderator: Dr. Zikmal Fuad bin Muhammad)

I. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran,

Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

“Liberalisme Agama, Media Baharu dan Cabaran Kecelaruan Nilai”

II. Prof. Madya Dr. Ahmad Munawar bin Ismail,

Pusat Akidah dan Keamanan Global, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

“Peranan Media dalam Mempromosi Liberalisme”

III. Ustaz Y.M. Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali,

Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, (IKSIM)

“Penghujahan terhadap Isu Liberalisme dalam Kalangan Anak Muda”

IV. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi,

Direktur Program Pascasarjana Universitas Darussalam (UNIDA) Gontor

“Peranan Liberalisme dalam Membentuk Komuniti anti-Islam di Malaysia dan Indonesia”

10.30 – 11.00 pg Minum Pagi
11.00- 12.30 tgh Pembentangan Slot 2

(Moderator: Dr. Abu Zaki bin Ismail)

I. Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim binti Mokhtar,

Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ)

“Transformasi Feminis Muslim: Keganasan dan Penganiayaan Atas Nama Agama”

II. Prof. Madya Dr. Khalif Muammar bin A. Harris,

Pengarah Center for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS)

“Hubungan antara agama: Wasilah dan Hadaf”

III. Dr. Abu Zaki bin Ismail,

Timb. Pengarah Penyelidikan, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

“Elemen Pemikiran Liberal dalam Portal Berita Online di Malaysia”

12.30 – 2.00 ptg Makan Tengahari/ Rehat/ Solat
2.00 – 2.20 ptg Majlis Pembukaan Perasmian/ Bacaan Al-Quran
2.20 – 3.50 ptg Perasmian (Pengerusi: Dr. Hamidun bin Husin)

I. Ucaptama II: Pengarah INHAD

Dr. Norsaleha binti Mohd Salleh

“Analisis Pemikiran Belia Berisiko Liberal Terhadap Institusi Agama Islam di Malaysia”

II. Ucaptama I: Timbalan Mufti Selangor

Sahibus Samahah Dato’ Dr. Haji Anhar bin Haji Opir

“Demokrasi Islam dan Islamfobia dalam Malaysia Baharu”

III. Perasmian: Rektor KUIS

Prof. Dato Dr. Ab Halim Bin Tamuri

3.50 – 4.00 ptg Penyampaian Cenderahati & Sesi Bergambar
4.00 – 5.00 ptg Pembentangan Slot 3

(Moderator: Dr. Phayilah Yama)

I. Lt. Kol. Sazali bin Sukardi (Bersara),

Naib Presiden Kanan, Bahagian Penyelidikan Strategik, CyberSecurity Malaysia

“Pendekatan Teknikal dalam Menangani Isu Penyelewangan Agama di Internet”

II. Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni,

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

“Kebebasan Berfikir dan Penyelewangan dalam Sejarah Malaysia”

5.00 – 5.30 ptg Penutup & Minum petang

Untuk pendaftaran, sila ke pautan

http://bit.ly/seminarliberalismedanmediasosial

Please follow and like us:
0

Ucapan takziah kepada Habib Ali & keluarga

انا لله وانا اليه راجعون

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ 

Ucapan takziah kepada Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid dan keluarga atas pemergian bonda beliau yang tercinta di Jakarta. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Ameen…

 

Ikhlas daripada kami,

Kakitangan Institut Kajian Hadis (INHAD).

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Puasa dan Lupa

 

Pengajaran:

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja, seperti makan, minum, merokok, dsb. Dapat membatalkan puasa dan mewajibkan seseorang untuk mengganti puasanya.

2. Hadis ini menegaskan bahawa sekiranya seseorang makan atau minum secara tidak sengaja, ianya tidak membatalkan puasa.

3. Hadis ini membuktikan betapa Allah SWT Maha Kasih kepada hambaNya yang telah menganugerahkan nikmat lupa ketika seseorang sedang menjalankan ibadah puasa.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Kedatangan Bulan Ramadhan

Pengajaran:

1. Hadis ini mengandungi makna sesuai dengan zahir dan hakikatnya, yakni pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka Jahannam ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.

2. Tanda kedatangan bulan Ramadan ini untuk mengagungkan kehormatannya. Dan dibelenggu menunjukkan bahawa syaitan dihalang untuk menyakiti orang beriman dan mengganggu mereka.

3. Hadis ini juga mengandungi makna kiasan dan isyarat kepada banyaknya pahala dan pengampunan. Syaitan dibelenggu pula terhadap beberapa perkara sahaja, sedangkan pada perkara yang lain tidak demikian. Dengan erti kata lain, mereka mampu menggoda beberapa individu, sedangkan pada diri Mukmin tidak demikian.

4. Dibukanya pintu-pintu Syurga juga bermaksud sebagai ungkapan tentang sesuatu yang dibukakan bagi hamba-hambaNya, iaitu berbagai-bagai ketaatan pada bulan ini yang tidak didapati pada bulan lain, seperti puasa, solat tarawih, dll. Perbagai bentuk ketaatan ini menjadi salah satu sebab seseorang memasuki Syurga Allah SWT.

Please follow and like us:
0

PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENDERAAN KANAK-KANAK

Islam memerintahkan umatnya sebagai hamba Allah SWT untuk memiliki perasaan kasih sayang terhadap sesama manusia, termasuk dalam perkara ini kasih sayang ibubapa kepada anak-anak mereka. Zuriat ini merupakan anugerah dan titipan Allah SWT yang wajib dibela, disantuni dan diberikan kasih sayang. Nilai murni ini merupakan salah satu kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya, ianya ditanamkan ke dalam hati orang ramai sebagai rahmat bagi orang yang beriman dan beramal soleh, bahkan mereka dituntut untuk saling berpesan dalam kesabaran dan berkasih sayang. Allah SWT berfirman dalam surah Maryam ayat 96:

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ سَيَجۡعَلُ لَهُمُ ٱلرَّحۡمَٰنُ وُدّٗا ٩٦

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah SWT yang melimpah-limpah rahmatNya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang.

Pada surah al-Balad ayat 17, Allah SWT juga berfirman:

ثُمَّ كَانَ مِنَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡمَرۡحَمَةِ ١٧

Maksudnya:

Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang.

Begitu juga dalam sabda Rasulullah SAW yang membuktikan betapa ajaran Islam telah memerintahkan kepada penganutnya untuk memiliki perasaaan kasih sayang terhadap sesama manusia. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ فِي تَرَاحُمِهِمْ وَتَوَادِّهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى عُضْوًا تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى

[al-Bukhari, Kitab al-Adab, Bab Rahmat al-nas wa al-baha’im, no. 5665]

Maksudnya:

Daripada Al-Nu’man bin Bashir berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Kamu melihat kaum mukminin dalam kasih sayang, rasa cinta, dan saling membantu sesama mereka seperti sebuah jasad. Apabila satu anggota mengadu sakit, anggota lain pun tidak boleh tidur dan merasa demam.”

Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW yang lain:

عَنْ جَرِيرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ

[al-Bukhari, Kitab al-Adab, Bab Rahmat al-nas wa al-baha’im, no. 5667]

Maksudnya:

Daripada Jarir bin Abdullah dari Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa tidak mengasihi maka dia tidak akan dikasihi.”

Berdasarkan dalil dari beberapa ayat al-Quran dan hadis ini, maka jelas bahawa Islam sangat menekankan perlunya berkasih sayang di antara sesama manusia, tidak terkecuali hubungan kasih sayang antara ibubapa dengan anak-anak mereka. Sehubungan dengan itu, Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا وَيَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَ عَنْ الْمُنْكَرِ

[al-Tirmidhi, Kitab al-Bir wa al-Silah ‘an Rasulillah SAW, Bab ma ja’a fi rahmat al-sibyan, No. 1921, Hasan Gharib]

Maksudnya:

Daripada Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah SAW bersabda: “Bukanlah termasuk golongan kami, mereka yang tidak mengasihi anak-anak kecil kami dan tidak pula menghormati orang tua kami, serta tidak menyuruh yang makruf dan melarang yang munkar”.”

Hadis ini menjelaskan tentang bagaimana seharusnya seorang Muslim menghormati dan mengasihi orang lain sesuai dengan usia atau kedudukan yang dimilikinya. Malahan Islam sangat memperhatikan perlunya kasih sayang dan kecintaan ibubapa kepada anak-anak mereka, sebagaimana terserlah dalam hadisnya yang mulia berikut:

أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَبَّلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَسَنَ بْنَ عَلِيٍّ وَعِنْدَهُ الْأَقْرَعُ بْنُ حَابِسٍ التَّمِيمِيُّ جَالِسًا فَقَالَ الْأَقْرَعُ إِنَّ لِي عَشَرَةً مِنْ الْوَلَدِ مَا قَبَّلْتُ مِنْهُمْ أَحَدًا فَنَظَرَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ مَنْ لَا يَرْحَمُ لَا يُرْحَمُ

[al-Bukhari, Kitab al-Adab, Bab Rahmat al-Walad wa Taqbilahu wa Mu‘aniqatah, No. 5651]

Maksudnya:

Sesungguhnya Abu Hurairah RA berkata: “Rasulullah SAW pernah mencium al-Hasan bin ‘Ali sedangkan di sisi Baginda al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi sedang duduk, lalu al-Aqra’ berkata: “Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekalipun, maka Rasulullah SAW memandang ke arahnya dan bersabda: “Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi”.”

Walau bagaimanapun, amat disayangkan bilangan kes penderaan kanak-kanak menunjukkan peningkatan setiap tahun. Isu kemasyarakatan yang sering kali dilaporkan ini cukup meruntun jiwa sekali gus menjadi permasalahan yang wajar ditangani segera. Perlakuan zalim sebegini telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya pada surah al-Isra ayat 31:

وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ خَشۡيَةَ إِمۡلَٰقٖۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُهُمۡ وَإِيَّاكُمۡۚ إِنَّ قَتۡلَهُمۡ كَانَ خِطۡ‍ٔٗا كَبِيرٗا ٣١

Maksudnya:

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

Selain itu, Rasulullah SAW turut memberikan amaran tentang larangan mendera kanak-kanak dalam beberapa sabdanya, antara lain:

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ امْرَأَةً وُجِدَتْ فِي بَعْضِ مَغَازِي النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقْتُولَةً فَأَنْكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَتْلَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ

[al-Bukhari, Kitab al-Jihad wa al-Sayr, Bab Qatl al-Sibyan fi al-Harb, No. 2851]

Maksudnya:

Seseungguhnya ‘Abdullah RA mengkhabarkan kepadanya bahawa terdapat seorang wanita yang ditemukan dalam keadaan terbunuh di sebahagian peperangan Nabi SAW, maka Rasulullah SAW mengingkari pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak.

Dengan begitu, setiap insan di atas dunia ini hendaklah sentiasa cakna terhadap peringatan Allah SWT dalam al-Quran bahawa setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia akan mendapat balasan, sebagaimana firmanNya dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ٧  وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ٨

Maksudnya:

Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Berdasarkan hujah daripada al-Quran dan hadis di atas, maka terang lagi bersuluh pandangan Islam yang menentang perbuatan mendera kanak-kanak dan ianya perlu dibanteras dengan berkesan. Pihak-pihak yang berwajib perlu memastikan kelas-kelas bimbingan keibubapaan yang telah dianjurkan dapat memberikan pendidikan berkesan kepada setiap pasangan yang akan dan telah mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul di alam rumah tangga. Mereka perlu jelas tentang cara terbaik untuk mendidik anak-anak dan kaedah berinovasi untuk melayan suami atau isteri dengan kasih sayang. Dengan begitu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat dirungkaikan.

Akhirnya, kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk menepis budaya negatif ini daripada bermaharajalela. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak, sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri mereka dengan pendekatan psikologi. Bukan semata-mata dengan cara mendera atau menghukum mereka. Kesohoran dan kegemilangan Malaysia di mata dunia hanya sekadar hisapan jari jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami penderitaan, kesakitan dan kepapaan.

Wallahu A’lam bi al-Sawab,

Dr. Abur Hamdi Usman

Ketua Unit Hadis

Institut Kajian Hadis (INHAD)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Bandar Seri Putra,

21 April 2018 / 5 Syaaban1439 H.

Please follow and like us:
0

Program Simposium ( Tarikat Tasawuf Negeri Selangor)

Program: SIMPOSIUM ( Tarikat Tasawuf Negeri Selangor)
Tarikh : 3 Ogos 2016
Tempat : Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar 

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 3.233.226.151

November 2019
M T W T F S S
« Apr    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial