Home » Articles posted by inhad-admin (Page 2)

Author Archives: inhad-admin

Hadis Puasa : Berniat Puasa di Siang Hari

Pengajaran:

1. Seseorang yang berniat puasa Ramadan pada siang hari, selagi mana dia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, maka ia boleh melakukan demikian.

2. Hadis ini menjelaskan salah satu jenis puasa, iaitu puasa Ashura.

3. Puasa pada hari Ashura merupakan puasa fardu sebelum difardukan puasa bulan Ramadan.

4. Asbab al-Wurud hadis membuktikan bahawa peristiwa ini berlaku pada siang hari yang menunjukkan bahawa niat puasa tidak disyaratkan pada waktu malam. Ini adalah pandangan Imam al-Bukhari.

5. Mazhab Shafi’i memakai dalil yang menunjukkan tidak sah seseorang yang tidak niat berpuasa pada waktu malam bagi puasa fardu.

6. Walau bagaimanapun, kemungkinan khilaf ini membawa jalan keluar bagi kes yang di mana seseorang itu terlupa niat pada waktu malam, atau pada awal Ramadan yang di mana beliau tidak berniat berpuasa sebulan di bulan Ramadan.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Sahur dan Keberkatan

Pengajaran:

1. Seseorang dianggap makan sahur apabila telah merasa sedikit makanan dan minuman.

2. Amalan bersahur adalah amat digalakkan kerana ianya mengandungi keberkatan.

3. Keberkatan yang dimaksudkan sama ada dari sudut pahala ataupun tambahan kekuatan bagi orang yang berpuasa dalam mengharungi kepayahan dalam berpuasa.

4. Keberkatan dalam bersahur juga boleh bermaksud mengikuti Sunnah Rasulullah SAW, menyanggah amalan ahli Kitab, menambah semangat untuk beribadah, mengelak daripada tabiat buruk yang ditimbulkan oleh rasa lapar, menjadi sebab untuk bersedekah bagi seseorang yang meminta ketika itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada masa yang mustajab, dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Jarak Masa Antara Sahur dengan Solat Subuh

Pengajaran:

1. Hadis ini menjelaskan tentang individu yang memiliki keutamaan jika makan bersama dengan para sahabatnya.

2. Bolehnya seseorang ke luar rumah untuk mencari hidangan sahur sesuai dengan keperluan, kerana Zaid ibn Thabit RA tidak menginap di rumah Nabi SAW tetapi beliau bersahur bersama Baginda SAW.

3. Galakan untuk bersahur secara berjemaah atau bersama-sama ahli keluarga, rakan, dsb.

4. Hadis ini menunjukkan bahawa jarak masa antara sahur dengan azan Subuh ialah dalam kadar pembacaan 50 ayat sebelum berkumandang azan Subuh.

5. 50 ayat yang dimaksudkan ialah ukuran ayat yang sedang, bukan ayat yang panjang atau pendek. Ayat itu pula tidak dibaca dengan laju ataupun lambat.

 

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Puasa dan Lupa

 

Pengajaran:

1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja, seperti makan, minum, merokok, dsb. Dapat membatalkan puasa dan mewajibkan seseorang untuk mengganti puasanya.

2. Hadis ini menegaskan bahawa sekiranya seseorang makan atau minum secara tidak sengaja, ianya tidak membatalkan puasa.

3. Hadis ini membuktikan betapa Allah SWT Maha Kasih kepada hambaNya yang telah menganugerahkan nikmat lupa ketika seseorang sedang menjalankan ibadah puasa.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Perkataan Dusta dan Pengamalannya Ketika Puasa

Pengajaran:

1. Hadis ini menegaskan terhadap setiap orang yang berpuasa untuk mengerjakan segala kewajipan dan menjauhi perkara yang dilarang. Misalnya mencela, menghina, berdusta, mengumpat, dsb.

2. Sekiranya umat Islam dapat mengerjakan semua amalan yang diperintahkan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala daripadaNya, itu akan memudahkannya kelak untuk beristiqamah meneruskan amalan-amalan tersebut pada bulan-bulan lain.

3. Puasa dapat melatih seseorang menguasai nafsu dan berdisiplin dalam mengatur jiwanya. Hal ini bertujuan agar mereka mampu memimpin jiwa demi meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat serta dapat menjauhi sifat-sifat yang keji.

4. Orang yang berpuasa, sekiranya dia menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum dan syahwatnya, maka puasanya sah dan tidak batal walaupun dia telah mengerjakan perbuatan-perbuatan maksiat, seperti menipu dan meninggalkan solat. Akan tetapi, walaupun sah ibadat puasanya, tetapi puasa sebegini tidak akan diterima.

5. Hadis ini menunjukkan puasa yang disertai dengan pendustaan ditolak oleh Allah SWT, yang diterima ialah puasa yang selamat darinya.

6. Maksud ‘orang yang melakukan perkara itu tidak diberi pahala pada puasanya’ bahawa pahala puasa tidak boleh mengganti, berbanding dengan dosa berdusta dan apa yang disebut bersamanya, iaitu perkataan yang keji dan perbutan yang dilakukan oleh orang jahil.

7. Pensyariatan puasa bukanlah semata-mata lapar dan dahaga sahaja, bahkan mesti dikuti dengan mengalahkan nafsu syahwat. Jika tidak berlaku demikian Allah SWT tidak menerima puasanya.

8. Tujuan puasa pada asalnya adalah menahan diri dari segala perkara yang ditegah, tetapi itu sukar, maka Allah SWT memerintahkan untuk menahan diri dari yang membatalkan puasa, dan memberi peringatan kepada orang yang lalai supaya menahan diri dari perkara-perkara yang ditegah.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Kemurahan Hati Rasullullah SAW

Pengajaran:

1. Hadis ini membuktikan bahawa Baginda SAW merupakan manusia yang paling pemurah hatinya.

2. Murah hati adalah satu kemuliaan dan merupakan sebahagian daripada sifat-sifat yang terpuji.

3. Maksud sabdanya ‘Lebih pemurah daripada angin yang bertiup’ adalah kiasan kepada segeranya Baginda SAW untuk membuat kebaikan. Lebih cepat daripada angin yang bertiup.

4. Kemurahan hati Rasulullah SAW menggambarkan berterusannya bayu kemurahan yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan ia dapat dirasai oleh siapa sahaja yang mengenainya

5. Kemurahan hati Rasulullah SAW merangkumi semua disiplinnya, daripada mencurahkan ilmu dan memberikan harta, mengorbankan diri sendiri di jalan Allah demi untuk menegakkan syiar agama dan agar umat mendapat hidayah. Baginda SAW juga sentiasa berusaha untuk memberi manfaat kepada manusia lain dengan apa jua cara.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Kedatangan Bulan Ramadhan

Pengajaran:

1. Hadis ini mengandungi makna sesuai dengan zahir dan hakikatnya, yakni pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu Neraka Jahannam ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.

2. Tanda kedatangan bulan Ramadan ini untuk mengagungkan kehormatannya. Dan dibelenggu menunjukkan bahawa syaitan dihalang untuk menyakiti orang beriman dan mengganggu mereka.

3. Hadis ini juga mengandungi makna kiasan dan isyarat kepada banyaknya pahala dan pengampunan. Syaitan dibelenggu pula terhadap beberapa perkara sahaja, sedangkan pada perkara yang lain tidak demikian. Dengan erti kata lain, mereka mampu menggoda beberapa individu, sedangkan pada diri Mukmin tidak demikian.

4. Dibukanya pintu-pintu Syurga juga bermaksud sebagai ungkapan tentang sesuatu yang dibukakan bagi hamba-hambaNya, iaitu berbagai-bagai ketaatan pada bulan ini yang tidak didapati pada bulan lain, seperti puasa, solat tarawih, dll. Perbagai bentuk ketaatan ini menjadi salah satu sebab seseorang memasuki Syurga Allah SWT.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Pintu Al Rayyan

Pengajaran :
1. Pintu al-Rayyan adalah pintu yang dikhaskan untuk orang yang berpuasa.
2. Kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa yang dimaksudkan dengan al-Rayyan adalah orang yang tidak merasa dahaga.
3. Semua orang yang berpuasa akan memasuki syurga melalui pintu al-Rayyan dan tidak ada orang lain yang akan memasukinya kecuali orang yang berpuasa.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Keutamaan Berpuasa

PENGAJARAN:

1. Kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah SWT sangat tinggi darjatnya.

2. Orang yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah SWT , kemudian memelihara puasanya daripada amalan yang ditegah, mengharapkan keredaan dan ganjaran dariNya, maka Allah SWT akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari azab api neraka.

3. Tujuan puasa adalah bagi yang utama ialah mendapatkan ketaqwaan dan beriman kepada Allah.

4. Orang yang bertaqwa sahaja yang mampu melakukan kewajipan puasa. Hanya ketaqwaan yang mampu menjaga puasa untuk tidak dirosakkan olek perkara maksiat dan sebagainya.

5. Puasa dapat mensucikan jiwa, mendisiplinkan diri dengan menahan kesabaran dan mengawal nafsu dari melakukan sesuatu perkara yang boleh membinasakan.

6. Syaitan merupakan musuh utama yang nyata bagi setiap orang yang beriman. Syaitan akan bertambah kuat sekiranya manusia suka menuruti hawa nafsu dan syahwat. Justeru, puasa merupakan senjata untuk melemahkan syaitan dengan mengurangkan nafsu makan, minum, dll. Begitu juga dan  perbuatan dan percakapan hendaklah dijaga dan berhati-hati ketika dalam keadaan berpuasa.

7. Ibadah puasa hanya akan menjadi sia-sia dan tiada mendapat ganjaran seandainya seseorang tidak menjaga hawa nafsunya, malahan hanya lapar dan dahaga.

8. Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah SWT daripada wangian kasturi

9. Puasa melatih kesabaran. Justeru dianjuran mengatakan “Bahawasanya aku dalam keadaan berpuasa” apabila ada orang lain yang cuba memusuhi, memaki dan mencela.

10. Setiap kebaikan akan digandakan ganjarannya kecuali puasa, kerana ianya adalah milik Allah SWT, dan Dia sahaja akan memberi balasannya dengan balasan yang tidak terbilang.

Please follow and like us:
0

Hadis Senyum 21 : Bantal

Terjemahan

Daripada ‘Adī ibn Ḥātim RA, ia berkata: “Ketika ayat ini diturunkan, {Makanlah dan minumlah sampai jelas bagimu antara benang putih dan benang hitam} , aku mengambil ikat kepala berwarna putih dan ikat kepala berwarna hitam, kemudian meletakkan keduanya di bawah bantalku. Setelah itu aku memperhatikannya, tetapi aku tetap belum jelas. Aku lalu menyampaikan hal itu kepada Rasulullah SAW, dan baginda tertawa kemudian bersabda: “Sesungguhnya bantalmu adalah lebar dan panjang, akan tetapi maksudnya adalah malam dan siang.” Dan berkata ‘Uthmān RA: “Yang dimaksud dengan kedua-duanya (benang putih dan hitam) adalah kegelapan malam dan kecerahan siang”.”

Pengajaran

1. Al-Sunnah berperanan untuk menjelaskan makna nas-nas al-Quran yang samar atau belum jelas.

2. Awal waktu pelaksanaan puasa yang menyebabkan seseorang tidak dibenarkan makan, minum, mencampuri isteri adalah ketika fajar sadiq (cahaya putih yang melintang mengikuti garis lintang ufuk di sebelah timur akibat pantulan cahaya matahari oleh atmosfera) telah terbit. Terbitnya fajar sadiq merupakan tanda telah masuknya waktu solat subuh.

3. Benang putih bermaksud fajar sadiq, sedangkan benang hitam adalah waktu malam.

4. Larangan makan dan minum berlaku apabila fajar sadiq telah terbit yang ditandai dengan dikumandangkannya azan solat subuh.

5. Diperlukan sikap berhati-hati (ihthiyat) agar sebelum masuknya waktu solat subuh seseorang sudah tidak dalam keadaan makan dan minum sehingga menyebabkan puasanya menjadi batal.

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

October 2019
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial