Amalan Dalam Agama Yang Paling Dicintai Allah Ialah Yang Dilakukan Secara Konsisten (Berterusan)

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا امْرَأَةٌ، قَالَ: (مَنْ هَذِهِ؟) قَالَتْ: فُلاَنَةُ، تَذْكُرُ مِنْ صَلاَتِهَا، قَالَ: (مَهْ، عَلَيْكُمْ بِمَا تُطِيقُونَ، فَوَاللَّهِ لاَ يَمَلُّ اللَّهُ حَتَّى تَمَلُّوا). وَكَانَ أَحَبَّ الدِّينِ إِلَيْهِ مَادَامَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ.

 

Maksudnya: Daripada Aisyah r.a mengatakan bahawa Nabi s.a.w: Masuk ke tempatnya dan di sisinya ada seorang wanita (daripada Bani Asad). Lalu Nabi s.a.w bertanya: “Siapakah dia ini?” Aisyah r.a menjawab: Si Fulanah (dia tidak pernah tidur malam). Dia menceritakan tentang solat (malam)nya. Nabi s.a.w bersabda: “Hentikan! (perbuatanmu itu). Hendaklah kamu lakukan (amalan) menurut kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak akan merasa bosan sehingga kamu sendiri yang bosan. Amalan agama yang paling disukai-Nya ialah apa yang dilakukan oleh pelakunya secara konsisten (berterusan). (Riwayat al-Bukhari)

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*