KELEBIHAN WUDHU


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: سمِعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((إن أمتي يأتون يوم القيامة غُرًّا مُحجَّلين مِن أثر الوضوء، فمَن استطاع منكم أن يُطيل غرَّتَه فليفعَلْ))

 

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a berkata “aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya pada hari kiamat kelak umatku akan dipanggil dalam keadaan Ghurran Muhajjalin (dalam keadaan bercahaya dan putih) dari kesan wuduk mereka (yang sempurna). Sesiapa yang mampu untuk memperluaskan keluasan cahayanya, maka lalkukanlah seperti itu”. (Riwayat al-Bukhari:136)

Keterangan Hadis

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith di atas, ahli bahasa menyatakan “الْغُرَّةُ” bermakna warna putih yang dahi kuda dan “التَّحْجِيلُ” pula adalah warna putih yang terdapat pada tangan dan kakinya. Adapun para ulama’ menafsirkannya dengan cahaya yang muncul pada anggota-anggota wudhuk di hari Kiamat sepertimana warna putih yang terdapat pada kuda. Tambahan pula, Imam al-Nawawi meletakkan hadith ini pada bab melebihkan basuhan wudhuk di kepala, tangan dan kaki.

Imam al-San’ani di dalam karya beliau iaitu kitab subul al-salam, meyatakan hadith ini merupakan salah satu dalil yang menunjukkan tuntutan agar melebihkan basuhan kepala, tangan dan kaki ketika berwudhuk

Syeikh Mustafa al-Bugha berkata dalam kitabnya fiqh manhaj memberi pendapat terhadap hadith ini di dalam Sahih al-Bukhari bahawa makna hadith ini adalah cahaya akan terpancar daripada wajah-wajah, tangan-tangan dan kaki-kaki mereka pada hari Kiamat. Ini merupakan di antara kelebihan-kelebihan yang diberikan terhadap umat ini iaitu Allah SWT menjadikan kelebihan-kelebihan tersebut sebagai penyaksian ke atas manusia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*