Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman

 

Tiga Ciri Mendapat Kemanisan Iman

 

عَنْ أَنَسِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

 

Dari Anas r.a bahawa Nabi SAW bersabda: “Tiga perkara yang apabila wujud pada diri seseorang, maka dia mendapat kemanisan iman iaitu: 1) Apabila Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya daripada selain kedua-duaNya. 2) Apabila dia mencintai seseorang yang dia tidak cintai melainkan hanya kerana Allah. 3) Apabila dia benci untuk kembali kepada kekufuran (setelah beriman) seperti dia benci jika dicampakkan ke dalam neraka” (HR Bukhari)

 

Keterangan Hadith:

Hadith ini menerangkan sekiranya seseorang itu memiliki tiga perkara maka dia akan memperoleh nikmat kemanisan iman iaitu:

  1. Allah dan RasulNya lebih dicintai dari selain keduanya bermaksud ia membuktikan kecintaan kepada Allah dan Rasul dengan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi segala larangannya.
  2. Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah bererti seseorang itu mencintai atau mengasihi keluarga, pasangan, sahabat itu semata-mata kerana Allah bukan kerana harta,kedudukan dan pangkat.
  3. Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan dalam api neraka bererti bersungguh-sungguh untuk meninggalkan dosa atau perkara yang boleh mendatangkan kekufuran samada perbuatan, percakapan atau iktikad.

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*