BELASUNGKAWA: AL-MUHADDITH SYEIKH DR. MAHMUD MIRAH AL-HALABI – رحمه الله

 


– Telah kembali ke rahmatullah al-‘Allamah al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud bin Ahmad Mirah pada jam 8.30 pagi hari Jumaat 27 Syawwal 1441 H (19 Jun 2020) dalam usia 94 tahun. Semoga Allah merahmati dan meredhai beliau, mengampuni dan mengasihi beliau, meninggikan darjat beliau dan meletakkan beliau di tempat yang selayaknya di Akhirat sana.

وإنَا ولله وإنَّا إليه راجعون

– Syeikh Mahmud Mirah lahir di kampung al-Kallasah, Halab, Syria pada bulan Ramadan 1347H (1929).

– Beliau pernah belajar di Madrasah Syaabaniyyah (Maahad al-‘Ulum as-Syar‘iyyah) dan tamat di situ pada tahun 1954.

– Kemudian belajar di Fakulti Syariah, Universiti Syria (Universiti Dimasyq) dan tamat pada tahun 1960.

– Beliau juga memperolehi Diploma Pendidikan dari universiti yang sama pada tahun 1961.

– Beliau kemudian menjadi khatib di Masjid Sakkar, Kampung al-Kallasah antara tahun 1950 hingga tahun 1965.

– Kemudian beliau berpindah ke Arab Saudi pada tahun 1385H (1965) dan tinggal di Madinah Munawwarah sebagai guru di Maahad Thanawi, di bawah Universiti Islam Madinah antara tahun 1965 hingga tahun 1973.

– Beliau memperolehi ijazah sarjana (master) daripada Universiti al-Azhar Mesir pd tahun 1968 dlm tempoh masa 2 tahun dengan kajiannya yg bertajuk:

دراسة حديث (يا أبا عُمَير، ما فعل النُّغَير؟) حديثيًّا وفقهيًّا، مع تحقيق رسالة أبي العباس ابن القاصِّ أحمد بن أبي أحمد الطبري (ت 335هـ): (فوائد حديث أبي عُمير

Beliau telah mengeluarkan dlm kajiannya 60 faedah ilmiah dari aspek2 fiqah dan adab.

– Kemudian beliau memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dgn pangkat as-Syaraf al-Ula dlm ilmu hadis drp Universiti al-Azhar juga pd tahun 1972 dengan tajuk tesisnya:

(الحاكم النيسابوري وكتابه المستدرك على الصحيحين)

– Seterusnya beliau dilantik sebagai pensyarah di Universiti Islam Madinah, beliau mengajar di Fakulti Dakwah dan Fakulti Syariah dari tahun 1973 hingga tahun 1986 (1406).

– Kemudian beliau berpindah ke Riyadh sebagai pensyarah di Universiti Islam Muhammad bin Suud dr tahun 1986 (1406) hingga tahun 1996 (1416).

– Beliau terus tinggal di Riyadh dan meneruskan usahanya mentahkik kitab Mustadrak al-Hakim. Rumahnya sentiasa menjadi tempat rujuk para pelajar dan para tetamu yang datang berkunjung. رحمه الله تعالى وتقبله في الصالحين من عباده

(Kredit: fb Syeikhuna Dr. Majd Makki)

 

– Antara guru2 beliau ialah:

1. Syeikh Raghib at-Tabbakh, Muhaddith Halab.

2. Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah.

3. Syeikh Ahmad al-Qalasy

4. Syeikh ‘Abdullah Siraj ad-Din, Muhaddith Halab.

5. Syeikh Abu al-Yusr ‘Abidin, Mufti Syria.

6. Syeikh Mustafa az-Zarqa.

7. Syeikh Mustafa al-Khin.

8. Dr. Muhammad Muhammad as-Samahi.

9. Syeikh ‘Abd al-Wahhab ‘Abd al-Latif.

10. Syeikh Mustafa Amin at-Tazi.

(Kredit: Mu‘jam as-Syuyukh oleh Dr. Safwan Dawudi)

Ditulis Oleh: Dr. Mohd Khafidz Soroni, Ketua Unit Hadis & Penyelidikan, Institut Kajian Hadis & Aqidah (INHAD), KUIS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*