ULASAN INHAD TERHADAP HADIS SUARA KERAS DI BULAN RAMADHAN

Matan hadis:

أخرج نعيم بن حماد في الفتن (638): حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ، عَنِ ابْنِ لَهِيعَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ حُسَيْنٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ الْحَارِثِ الْهَمْدَانِيِّ، عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا كَانَتْ صَيْحَةٌ فِي رَمَضَانَ فَإِنَّهُ يَكُونُ مَعْمَعَةٌ فِي شَوَّالٍ، وَتَمْيِيزُ الْقَبَائِلِ فِي ذِيِ الْقَعْدَةِ، وَتُسْفَكُ الدِّمَاءُ فِي ذِيِ الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمِ، وَمَا الْمُحَرَّمُ»، يَقُولُهَا ثَلَاثًا، «هَيْهَاتَ هَيْهَاتَ، يُقْتَلُ النَّاسُ فِيهَا هَرْجًا هَرْجًا».

قَالَ: قُلْنَا: وَمَا الصَّيْحَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «هَدَّةٌ فِي النِّصْفِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ جُمُعَةٍ، فَتَكُونُ هَدَّةٌ تُوقِظُ النَّائِمَ، وَتُقْعِدُ الْقَائِمَ، وَتُخْرِجُ الْعَوَاتِقَ مِنْ خُدُورِهِنَّ، فِي لَيْلَةِ جُمُعَةٍ، فِي سَنَةٍ كَثِيرَةِ الزَّلَازِلِ، فَإِذَا صَلَّيْتُمُ الْفَجْرَ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَادْخُلُوا بُيُوتَكُمْ، وَاغْلِقُوا أَبْوَابَكُمْ، وَسُدُّوا كُوَاكُمْ، وَدِثِّرُوا أَنْفُسَكُمْ، وَسُدُّوا آذَانَكُمْ، فَإِذَا حَسَسْتُمْ بِالصَّيْحَةِ فَخِرُّوا لِلَّهِ سُجَّدًا، وَقُولُوا: سُبْحَانَ الْقُدُّوسِ، سُبْحَانَ الْقُدُّوسِ، رَبُّنَا الْقُدُّوسُ، فَإِنَّ مَنْ فَعَلَ ذَلِكَ نَجَا، وَمَنْ لَمْ يَفْعَلْ ذَلِكَ هَلَكَ».

Terjemahan: Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dalam kitab al-Fitan (no.638) daripada Ibnu Mas‘ud radhiallahu ‘anhu, dari Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Apabila telah muncul suara kuat di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawal, kabilah-kabilah saling bermusuhan di bulan Zulkaedah, dan terjadi pertumpahan darah di bulan Zulhijjah dan Muharram, apa dia Muharram itu?” Baginda mengulangnya 3 kali. “Amat jauh sekali, amat jauh sekali. Manusia terbunuh padanya dalam jumlah yang besar demi jumlah yang besar.”

Kami bertanya: “Suara apakah, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa bumi. Jika kalian telah melaksanakan salat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, selimutilah diri kalian, dan sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara kuat itu, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Allah Al-Quddus, Mahasuci Allah Al-Quddus, Tuhan kami Al-Quddus”, kerana barangsiapa melakukan hal itu, nescaya ia akan selamat, dan barangsiapa yang tidak melakukan hal itu, nescaya ia akan binasa”.

* Ulasan:

1. Peristiwa yg dikatakan berlaku pada pertengahan Ramadan (15hb) secara spesifik ini diriwayatkan di dalam [i] kitab al-Fitan oleh Nu’aim bin Hammad drpd riwayat Ibn Mas‘ud RA; dan [ii] kitab al-Mu’jam al-Kabir oleh al-Tabarani serta lain-lain drpd riwayat Fairuz ad-Dailami RA, tapi sanad kedua-duanya sangat daif, dan boleh jadi hampir kepada palsu. (Ada juga yg menyebut drpd riwayat Abu Umamah RA, namun riwayat ini tiada bersumber dan mungkin hanya satu kekeliruan).

2. Hadis Ibnu Mas‘ud RA di atas sanadnya amat bermasalah kerana diriwayatkan oleh perawi-perawi yg kebanyakan kredibiliti mereka dikritik dan lemah, sehingga ada yang menilai hadis ini palsu. Hadis Fairuz ad-Dailami RA yg menyokong hadis ini juga sanadnya turut bermasalah sehingga dinilai palsu atau munkar oleh ramai pengkritik hadis. Ibn al-Jawzi merekodkannya sebagai hadis palsu di dlm kitab al-Mawdu‘at, katanya: “Tidak sahih”. Penilaian ini turut diperakui oleh as-Suyuti dlm al-La’ali’ al-Masnu‘ah. Kata az-Zahabi dlm Talkhis al-Mawdu‘at: “Batil”. Menurut al-Juzaqani dlm al-Abatil wa al-Manakir: “Hadis munkar”. Kata al-Haithami dlm Majma‘ al-Zawa’id: “Terdapat padanya ‘Abd al-Wahhab bin ad-Dhahhak seorg yg matruk”. (lihat jadual di bawah)

3. Namun, terdapat hadis-hadis syawahid (sokongan) lain dalam bab yg serupa, namun hanya menyebut ‘satu suara atau satu bunyi‘ dalam bulan Ramadan saja dan TIDAK menyebut ia tepat pd pertengahan Ramadan (15hb). Hadis-hadis syawahid ini meskipun setiap sanadnya turut dikritik sbg daif, namun kesemuanya scara majmuk menunjukkan kemungkinan ada asalnya. Ringkasnya, separuh pertama matan hadis berkenaan (iaitu sehingga ‘pembunuhan dalam jumlah yang besar demi jumlah yang besar’) berkemungkinan mempunyai asalnya daripada baginda Nabi SAW. Ini berdasarkan himpunan kesemua jalan-jalan riwayatnya (seperti jadual di bawah), meskipun setiap satunya mempunyai ‘illah (kelemahan), juga tanpa menafikan jika ada tokok tambah dan kesilapan di mana-mana pada setiap riwayat. Namun kita mengambil kira makna-makna yang sama, meskipun mempunyai lafaz-lafaz yang berbeza sepertimana jadual disertakan (bagi rujukan yang ahli). Ia tidak mustahil boleh saling menguatkan dan mengeluarkannya daripada status sangat daif atau kemungkinan palsu kpd status daif saja, malah mungkin juga boleh menjadi hasan dari segi maknanya.

أحداث

 

الراوي الأعلى

(الصحابي أو غيره)

 

الرقم

 

المحرم

 

ذو الحجة

 

ذو القعدة

 

شوال

 

رمضان

 

*يقتل/تقبل الناس هرجاً هرجاً، *خروج أهل المغرب

 

تسفك الدماء*

 

*تمييز القبائل، *تميز القبائل

 

معمعة*

 

،صيحة -وهي هدة*

ضجة*

[فيه تعيين النصف من رمضان ليلة الجمعة]

 

حديث ابن مسعود: أخرجه نعيم بن حماد في الفتن (638) بسند واه جداً، إن لم يكن موضوعاً

 

.1
 *وفي المحرم! وما المحرم؟ أوله بلاء على أمتي وآخره فرج لأمتي  يغار على الحاج*  تميز القبائل*

معمعة*

 

 *صوت [فيه تعيين النصف من رمضان ليلة الجمعة] حديث فيروز الديلمي أو ابنه: أخرجه ابن أبي عاصم في الآحاد والمثاني (رقم: 2682) والطبراني في معجمه الكبير (رقم: 853) وأبو عمرو الداني في الفتن (رقم: 521) لكنه جعله عن ابن الديلمي! وأما الخطيب البغدادي في المتفق والمفترق (رقم: 1734) جعله عن عبد الله بن الديلمي عن حذيفة! قال الهيثمي (12373): “فيه عبد الوهاب بن الضحاك وهو متروك”.اهـ والحديث ذكره ابن الجوزي في الموضوعات وقال: هذا حديث لا يصح، وأقره السيوطي في اللآلي المصنوعة. وقال الذهبي في تلخيص الموضوعات: بَاطِل. وذكره الجوزقاني في الأباطيل والمناكير وقال: حديث منكر. ونسبه بعض الناس إلى حديث أبي أمامة! ولعله وهم لعدم وجوده في دواوين السنة! .2
 *[لم يذكر في الرواية المحرم] يهرب صاحبهم، فيؤتى بين الركن والمقام فيبايع وهو كاره  *ينتهب الحاج وتكون ملحمة عظيمة بمنى  تحازب القبائل*

معمعة*

 

 صوت*  حديث عبد الله بن عمرو: أخرجه نعيم بن حماد في الفتن (986) والحاكم في المستدرك من طريق نعيم (8537) مرفوعا وموقوفا، وقال الذهبي في التلخيص: سنده ساقط اهـ، ولعل ذلك للكلام على نعيم بن حماد وجهالة شيخه أبي يوسف المقدسي، قال سيدي عبد الله الغماري في كتابه المهدي (ص 54): إسناده حسن.اهـ ولعل تحسينه هذا لشاهده .3
 *أمر عظيم وهو عند انقطاع مُلك هؤلاء

تنتهك المحارم*

 *تراق الدماء، *يسلب الحاج، *سلب الحاج  *تميز القبائل بعضها إلى بعض، *غير القبائل، *معمعة

 ،همهمة*

تظهر عصابة*

 ،هدة*

الصوت*

 حديث أبي هريرة: أخرجه الطبراني في الأوسط (512)، وقال الهيثمي في مجمع الزوائد (12374): “فيه شهر بن حوشب وفيه ضعف، والبختري بن عبد الحميد لم أعرفه”.اهـ وأخرجه من طريق آخر نعيم بن حماد في الفتن (628) بلفظ أطول عن سعيد بن المسيب عن أبي هريرة، وقال: “لا أعلم إلا أني سمعته من مسلمة بن علي، إن شاء الله، وبينه وبين قتادة رجل”. اهـ وأخرجه من طريق ثالث العقيلي في (الضعفاء) وقال: “ليس لهذا الحديث أصل من حديث ثقة ولا من وجه يثبت”. اه .4
 *ينادي مناد من السماء: ألا إن صفوة الله من خلقه فلان!  ينتهب الحاج*  *تتحارب القبائل/ تحازب القبائل  همهمة/ مهمهة* صوت*  مرسل شهر بن حوشب: أخرجه أبو عمرو الداني في الفتن بسند ضعيف عن شهر بن حوشب مرسلاً (493، (519 .5
 !وفي المحرم*

وما المحرم؟

النزائل/ الثرابل*

(؟)

 المعمعة*  المهمة/ همهمة*  آية في السماء*  مرسل مكحول: أخرجه نعيم بن حماد في الفتن (626 .6
 !والمحرم*

وما المحرم؟

 ينهب الحاج*   تنحاز القبائل إلى*

قبائلها

 مهمهة*  صوت*  أثر سعيد بن المسيب: أخرجه نعيم بن حماد في الفتن (629 .7
 القضاء* المعمعة*  النزائل*

الهيش*

(أي الإِفْسَادُ أو القتال)

الحدثان في رمضان*  أثر كثير بن مرة الحضرمي أخرجه نعيم بن حماد في الفتن (634 .8

4. Himpunan daripada kesemua riwayat menunjukkan bhw separuh pertama drpd hadis Ibnu Mas‘ud RA tsb ada asalnya. Riwayat-riwayat ini menunjukkan satu kronologi peristiwa dahsyat yang akan berlaku secara bulanan sebelum kemunculan Imam Mahdi dan pembai’ahan terhadapnya pd bulan Muharram tahun yg berikutnya dan bukannya menunjukkan saat berlakunya hari Kiamat. Makna umum hadis-hadis ini saja menurut penulis, boleh diguna pakai sebagai tarhib (memberi ancaman) dan peringatan ttg peristiwa-peristiwa akhir zaman. Namun, tidak termasuk riwayat tambahan yang menentukan tarikhnya pd pertengahan Ramadan (15hb) kerana dikhuatiri sebagai palsu. Hadis-hadis yang tidak berkait dgn asas akidah dan hukum hakam sebegini – selagi tidak jelas palsu – menurut hemat penulis boleh diambil iktibar dan pedoman daripadanya.

5. Hadis berkaitan tentang kemunculan Imam al-Mahdi yg sanadnya lebih baik berbanding riwayat-riwayat yang lain itu ialah hadis ‘Abdullah bin ‘Amru r.a. berikut;

عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن جده قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: في ذي القعدة تحازب (عند الحاكم: تجاذب) القبائل، وعامئذ ينتهب الحاج، فتكون ملحمة بمنى، فيكثر فيها القتلى، وتسفك فيها الدماء، حتى تسيل دماؤهم على عقبة الجمرة، حتى يهرب صاحبهم، فيؤتى به بين الركن والمقام، فيبايع وهو كاره، ويقال له: إن أبيت ضربنا عنقك، فيبايعه مثل عدة أهل بدر، يرضى عنه (عند الحاكم: عنهم) ساكن السماء وساكن الأرض. (رواه نعيم بن حماد والحاكم وزاد، وهو أيضا عند نعيم بن حماد: قال أبو يوسف: فحدثني محمد بن عبد الله عن عمرو بن شعيب عن أبيه عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال: يحج الناس معا ويعرفون معا على غير إمام، فبينما هم نزول بمنى إذ أخذهم كالكلب، فثارت القبائل بعضها إلى بعض واقتتلوا حتى تسيل العقبة دما، فيفزعون إلى خيرهم فيأتونه وهو ملصق وجهه إلى الكعبة يبكي، كأني أنظر إلى دموعه فيبايع كرها، فإذا أدركتموه فبايعوه، فإنه المهدي في الأرض والمهدي في السماء)

Terjemahan: Daripada ‘Amru bin Syu’aib dari bapanya dari datuknya (iaitu ‘Abdullah bin ‘Amru r.a.) berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: “Dalam bulan Zulqaedah akan berlaku pertelagahan kabilah-kabilah, dan pada tahun itu jemaah haji akan ditawan, maka akan terjadi suatu pertempuran di Mina, maka ramailah orang yang terbunuh dan banyak darah yang mengalir sehingga mengalir darah mereka itu ke atas Jamrah ‘Aqabah, hinggakan ‘sahabat’ mereka melarikan diri. Lalu beliau dibawa di antara rukun Hajar Aswad dan maqam Ibrahim, dan beliau pun dibai’ah sedangkan beliau tidak menyukainya. Dikatakan kepadanya: Jika kamu enggan, kami akan memenggal lehermu. Maka beliau pun dibai’ah oleh sekumpulan orang seperti bilangan ahli Badar. Beliau akan diredhai oleh penduduk langit dan penduduk bumi”. Dalam riwayat lain terdapat pada awalnya: “Akan terjadi suatu ’suara’ dalam bulan Ramadhan dan kekacauan dalam bulan Syawal,…” [HR Na’im bin Hammad (986) dan al-Hakim (8584)]

6. Namun, menurut penulis scara peribadi berdasarkan dalil-dalil lain, tanda-tanda kemunculan Imam mahdi ini barangkali belum akan berlaku lagi selagi Amerika, Israel dan Barat masih menguasai seluruh dunia dgn memiliki ribuan senjata nuklear dan alatan perang hebat yg jauh lebih canggih, sedangkan dunia Islam kebanyakannya hidup berpecah belah, ditindas dan mundur. Manakala kemunculan Imam Mahdi bermakna kekuatan, perpaduan dan kegemilangan umat Islam akan kembali, dan juga bermakna perang besar akan berlaku antara Islam dan Kristian yg sama-sama kuat pada masa itu. Perang besar yang juga dinamakan sebagai “al-malhamah al-kubra”. (Lihat: http://hadis.kuis.edu.my/index.php/inhad/article/view/44 dan juga http://inhad.kuis.edu.my/2020/03/30/kemunculan-wabak-bukan-tanda-kedatangan-dajjal/)

7. Di dalam hadis-hadis ini tiada disebutkan ttg “ad-Dukhan” (asap). Namun, ia terdapat di dalam riwayat-riwayat lain, dan termasuk 10 tanda besar Kiamat sepertimana di dlm riwayat Sahih Muslim. Terdapat perbahasan yg panjang mengenainya dan sama ada ia berlaku sebelum kemunculan Dajjal ataupun selepasnya. Justeru itu, ia memerlukan kpd perbahasan yg lain.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

  1. https://sawanih.blogspot.com/2020/04/covid-19-perlu-ada-ilmu-tentang-mimpi.html

Disediakan oleh;

Institut Kajian Hadith dan Akidah (INHAD), KUIS

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*