Home » 2018 » May » 30

Daily Archives: May 30, 2018

Hadis Puasa : Menyegerakan Berbuka Puasa

Pengajaran:

1. Menyegerakan berbuka adalah antara perkara yang disunatkan di dalam Islam kerana ia membezakan antara cara puasa orang Yahudi dan Nasrani yang sengaja melambat-lambatkan waktu berbuka.

2. Menyegerakan berbuka akan mendapat ganjaran yakni sentiasa berada dalam kebaikan, apabila perkara ini dilakukan sebagai komitmen terhadap mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW, dan tidak mendahulukan logik akal sehingga menyanggah amalan Sunnah.

3. Menyegerakan berbuka puasa ialah mustaḥab (disukai), tetapi tidak dilarang untuk mengakhirkannya, kecuali bagi mereka yang sengaja mengakhirkannya dan beranggapan ianya lebih utama daripada menyegerakan berbuka.

4. Sunat berbuka puasa dengan kurma sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

5. Hendaklah memastikan setiap makanan yang dimakan semasa berbuka puasa halal dan bersih terhindar daripada makanan haram dan syubhah.

6. Tidak digalakan mengambil makanan yang terlalu banyak dan menyukarkan untuk mengerjakan solat Terawih dan sebagainya.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Tidak Mencela Orang Berpuasa dan Berbuka

Pengajaran:

1. Orang yang sedang berpuasa semestinya mampu mengawal nafsu amarahnya.

2. Puasa adalah perisai (tabir penghalang dari perbuatan dosa). Maka apabila seseorang sedang berpuasa, janganlah ia mengucapkan sesuatu yang keji dan janganlah ia berbuat jahil.

3. Barang siapa yang tidak dapat meninggalkan perkataan keji dan dusta selama berpuasa, maka Allah SWT tidak berhajat kepada puasanya.

4. Islam melarang mencaci, menghina dan memperolok-olokkan antara sesama manusia.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Berpuasa Ketika Musafir

Pengajaran :

1. Dibolehkan untuk berpuasa atau berbuka ketika bermusafir tanpa sebarang syarat atau halangan.

2. Sekiranya berlaku kemudaratan ketika berpuasa dalam keadaan bermusafir maka wajib berbuka dan wajib mengqadhakan semula puasa di hari lain.

3. Orang yang bermusafir diberi pilihan dalam agama sama ada hendak berpuasa mahupun tidak.

4. Islam menekankan kemudahan kepada pemeluknya.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Berbekam bagi Orang Yang Berpuasa

Pengajaran :

1. Terdapat 2 pandangan berkaitan berbekam ketika berpuasa :

  • Membatalkan puasa :

Ulama’ terdahulu yang mengatakan terbatalnya puasa dengan berbekam adalah seperti Imam Ahmad, Ibn Sirin, Ibn al-Munzir, Ibn Khuzaimah dan ini juga adalah ikhtiar pendapat Ibn Taimiyyah Rahimahumullah. Manakala dari kalangan sahabat pula adalah seperti Saidina Ali, Abu Hurairah dan ‘Aisyah RA.

  • Tidak membatalkan puasa :

Ianya adalah pendapat jumhur iaitu pendapat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi’i dan selainnya. Manakala dari kalangan sahabat yang berpendapat bahawa tidak terbatalnya puasa adalah Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abu Sa’id al-Khudri RA dan selainnya.

2. Hukum menderma darah ketika berpuasa adalah harus dan juga tidak membatalkan puasa secara umumnya. Sekiranya dengan menderma darah boleh melemahkan tubuh badan seseorang, maka pada keadaan itu makruh.

3. Berbekam tidak membatalkan puasa kerana ia adalah sesuatu yang dikeluarkan, Ianya zahir dari perkataan          Ibn ‘Abbas RA yang menyebutkan: “Adalah yang membatalkan puasa itu sesuatu yang masuk ke dalam dan              bukannya sesuatu yang keluar”.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Berniat Puasa di Siang Hari

Pengajaran:

1. Seseorang yang berniat puasa Ramadan pada siang hari, selagi mana dia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, maka ia boleh melakukan demikian.

2. Hadis ini menjelaskan salah satu jenis puasa, iaitu puasa Ashura.

3. Puasa pada hari Ashura merupakan puasa fardu sebelum difardukan puasa bulan Ramadan.

4. Asbab al-Wurud hadis membuktikan bahawa peristiwa ini berlaku pada siang hari yang menunjukkan bahawa niat puasa tidak disyaratkan pada waktu malam. Ini adalah pandangan Imam al-Bukhari.

5. Mazhab Shafi’i memakai dalil yang menunjukkan tidak sah seseorang yang tidak niat berpuasa pada waktu malam bagi puasa fardu.

6. Walau bagaimanapun, kemungkinan khilaf ini membawa jalan keluar bagi kes yang di mana seseorang itu terlupa niat pada waktu malam, atau pada awal Ramadan yang di mana beliau tidak berniat berpuasa sebulan di bulan Ramadan.

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 3.90.45.27

May 2018
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial