Home » 2018 » May » 28

Daily Archives: May 28, 2018

Hadis Puasa : Berpuasa Ketika Musafir

Pengajaran :

1. Dibolehkan untuk berpuasa atau berbuka ketika bermusafir tanpa sebarang syarat atau halangan.

2. Sekiranya berlaku kemudaratan ketika berpuasa dalam keadaan bermusafir maka wajib berbuka dan wajib mengqadhakan semula puasa di hari lain.

3. Orang yang bermusafir diberi pilihan dalam agama sama ada hendak berpuasa mahupun tidak.

4. Islam menekankan kemudahan kepada pemeluknya.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Berbekam bagi Orang Yang Berpuasa

Pengajaran :

1. Terdapat 2 pandangan berkaitan berbekam ketika berpuasa :

  • Membatalkan puasa :

Ulama’ terdahulu yang mengatakan terbatalnya puasa dengan berbekam adalah seperti Imam Ahmad, Ibn Sirin, Ibn al-Munzir, Ibn Khuzaimah dan ini juga adalah ikhtiar pendapat Ibn Taimiyyah Rahimahumullah. Manakala dari kalangan sahabat pula adalah seperti Saidina Ali, Abu Hurairah dan ‘Aisyah RA.

  • Tidak membatalkan puasa :

Ianya adalah pendapat jumhur iaitu pendapat al-Imam Abu Hanifah, al-Imam Malik, al-Imam al-Syafi’i dan selainnya. Manakala dari kalangan sahabat yang berpendapat bahawa tidak terbatalnya puasa adalah Ibn Mas’ud, Ibn Umar, Ibn Abbas, Anas bin Malik, Abu Sa’id al-Khudri RA dan selainnya.

2. Hukum menderma darah ketika berpuasa adalah harus dan juga tidak membatalkan puasa secara umumnya. Sekiranya dengan menderma darah boleh melemahkan tubuh badan seseorang, maka pada keadaan itu makruh.

3. Berbekam tidak membatalkan puasa kerana ia adalah sesuatu yang dikeluarkan, Ianya zahir dari perkataan Ibn ‘Abbas RA yang menyebutkan: “Adalah yang membatalkan puasa itu sesuatu yang masuk ke dalam dan bukannya sesuatu yang keluar”.

Please follow and like us:
0

Hadis Puasa : Berniat Puasa di Siang Hari

Pengajaran:

1. Seseorang yang berniat puasa Ramadan pada siang hari, selagi mana dia tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, maka ia boleh melakukan demikian.

2. Hadis ini menjelaskan salah satu jenis puasa, iaitu puasa Ashura.

3. Puasa pada hari Ashura merupakan puasa fardu sebelum difardukan puasa bulan Ramadan.

4. Asbab al-Wurud hadis membuktikan bahawa peristiwa ini berlaku pada siang hari yang menunjukkan bahawa niat puasa tidak disyaratkan pada waktu malam. Ini adalah pandangan Imam al-Bukhari.

5. Mazhab Shafi’i memakai dalil yang menunjukkan tidak sah seseorang yang tidak niat berpuasa pada waktu malam bagi puasa fardu.

6. Walau bagaimanapun, kemungkinan khilaf ini membawa jalan keluar bagi kes yang di mana seseorang itu terlupa niat pada waktu malam, atau pada awal Ramadan yang di mana beliau tidak berniat berpuasa sebulan di bulan Ramadan.

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.206.16.123

May 2018
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial