Home » 2018 » May » 04

Daily Archives: May 4, 2018

Hadis Senyum 16 : Pertanian

Terjemahan

Daripada [Abu Hurairah] RA bahawa pada suatu hari Nabi SAW berbicara dan di sisi Baginda ada seorang lelaki penduduk Badwi: “Ada seorang dari penduduk syurga meminta izin kepada Rabbnya untuk berladang. Maka Rabbnya berkata kepadanya: “Bukankah kamu bebas melakukan apa sahaja yang kamu mahu?” Orang itu berkata: “Benar, tapi aku suka berladang.” Maka orang itu segera menanam benih sehingga tumbuh berkembang dengan sangat banyak, sehingga ketika masa menuai hasilnya sebanyak gunung. Maka Allah SWT berfirman: “Tidak ada yang memuaskan kamu wahai anak Adam.” Maka lelaki Badwi itu berkata: “Demi Allah, tidak akan anda temui orang seperti itu selain orang Quraisy atau Ansar kerana mereka para peladang, sedangkan kami bukanlah peladang.” Maka Nabi SAW tertawa”.

Pengajaran

1. Penghuni Syurga bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki di sana.

2. Keistimewaan penduduk Syurga yang mendapatkan pujian daripada Allah SWT.

3. Keutamaan Kaum Quraisy dan Ansar dalam bidang pertanian.

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 3.233.226.151

May 2018
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial