Home » Hadis Senyum » Hadis Senyum 14 : Kemudahan

Hadis Senyum 14 : Kemudahan

Terjemahan

Daripada [Jābir ibn ‘Abdullah] RA berkata: “Abu Bakar RA datang meminta izin kepada Rasulullah SAW. Beliau mendapati beberapa orang yang duduk di depan pintu dan tidak seorang pun di antara mereka diberi kebenaran. Tetapi Rasulullah SAW memberi keizinan kepada Abū Bakar RA, lalu beliau masuk. Kemudian ‘Umar RA datang meminta izin dan ia telah diizinkan, dan dia mendapati Rasulullah SAW duduk bersama dengan isteri-isterinya di sekelilingnya dalam keadaan sedih dan senyap. Dia (‘Umar) berkata: “Saya akan mengatakan sesuatu yang akan membuat Nabi SAW ketawa.” Lalu ia berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimana pandangan anda sekiranya anak perempuan Kharijah meminta kepada saya nafkah, lalu saya bangun dan menampar beliau pada lehernya?” Rasulullah SAW  ketawa dan berkata: “Mereka berada di sekeliling saya seperti yang anda lihat, meminta wang nafkah.” Lalu Abū Bakar RA pergi kepada ‘Āishah RA dan menampar lehernya, dan ‘Umar RA berdiri di hadapan Hafṣah RA dan menampar lehernya, lalu Abū Bakar dan ‘Umar RA berkata: “Anda meminta kepada Rasulullah SAW sesuatu yang dia tidak miliki.” Mereka berkata: “Demi Allah, kami tidak meminta Rasulullah SAW untuk apa-apa yang dia tidak miliki.” Kemudian Rasulullah SAW meninggalkan isteri-isterinya selama sebulan atau dua puluh sembilan hari. Kemudian telah diturunkan ayat ini kepada Baginda: “Wahai para Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu …”, sampai ayat “untuk pahala yang besar.” Rasulullah SAW kemudian menemui ‘Āishah RA dan berkata: “Aku mahu kemukakan sesuatu kepadamu, tetapi jangan menjawab terburu-buru sebelum berunding dengan ibu bapamu.” ‘Āishah RA berkata: “Wahai Rasulullah, apakah itu?” Lalu Rasulullah SAW membacakan kepadanya ayat itu, lalu ‘Āisyah RA berkata: “Adakah ia tentang anda bahawa saya perlu berjumpa ibu bapa saya, wahai Rasulullah? Tidak, saya memilih Allah, RasulNya, dan negeri akhirat; dan saya juga meminta anda untuk tidak memberitahu mana-mana isteri anda apa yang saya katakan ini.” Rasulullah SAW: “Tidak seorang pun dari mereka akan bertanya kepada saya tanpa saya memberitahunya. Tuhan tidak mengutus aku untuk menjadi keras, atau menyebabkan bahaya, tetapi Ia telah mengutus aku untuk mengajar dan mempermudahkan”.”

Pengajaran

1. Adab memasuki rumah orang lain dengan keizinan tuan rumah.

2. Keutamaan Abū Bakar dan ‘Umar RA di sisi Rasulullah SAW.

3. Anjuran untuk membahagiakan rakan sahabat.

Adakalanya Rasulullah SAW bersikap lemah lembut dan mengalah kepada para isterinya. Namun begitu, Rasulullah SAW juga bersikap tegas. Baginda “memboikot” isterinya dengan tidak mendatangi mereka dalam tempoh satu bulan.

5. Anjuran bagi para isteri untuk bersikap baik terhadap suami.

6. Hadis ini menunjukkan sebab diturunkannya surah Al-Ahzab ayat 28-29.

Please follow and like us:
0

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial