Home » Hadis Senyum » Hadis Senyum 13 : Syaitan dan Mimpi

Hadis Senyum 13 : Syaitan dan Mimpi

Terjemahan

 Daripada [Jābir] RA berkata: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW sambil berkata: “Wahai Rasulullah, aku bermimpi sepertinya leherku dipenggal.” Maka Nabi SAW tertawa dan bersabda: “Apabila syaitan mempermainkan salah seorang di antara kalian dalam tidurnya maka janganlah dia menceritakannya kepada siapa pun”.”

Pengajaran

1. Larangan menceritakan kepada orang lain bahawa dia dipermainkan oleh syaitan di dalam tidurnya.

2. Mimpi yang baik berasal daripada Allah SWT, maka apabila salah seorang bermimpi hal yang disukainya, ucapkanlah Alhamdulillah dan janganlah dia menceritakannya kepada orang lain, melainkan kepada orang yang disukainya.

3. Jika bermimpi buruk, maka mintalah perlindungan kepada Allah SWT dari kejahatan mimpi itu dan dari kejahatan syaitan, nescaya mimpi tersebut tidak akan mencelakakannya.

4. Jika salah seorang bermimpi buruk maka meludahlah ke kiri 3 kali dan ucapkan (3 X):

أَعُوْذُ بِالله مِنَ الشَّيْطَان

Aku berlindung kepada Allah SWT daripada syaitan.

lalu ubahlah semula posisi tidur. Boleh juga terus bangkit dan mendirikan solat.

5. Sesiapa yang melihat Nabi SAW dalam mimpinya, sesungguhnya dia telah melihat Baginda, kerana syaitan tidak dapat menjelma menyerupai Nabi SAW.

 

Please follow and like us:
0

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial