Home » 2018 » April » 24

Daily Archives: April 24, 2018

Hadis Senyum 12 : Junub

Terjemahan

 Daripada [‘Abd al-Raḥmān ibn Abzā], kami bersama ‘Umar, seseorang telah junub lalu datang kepada ‘Umar RA dan berkata: “Wahai Amirul Mukminin, mungkin kami akan tinggal selama sebulan atau dua bulan dan kami tidak mendapatkan air.” Maka ‘Umar berkata: “Sesungguhnya aku apabila tidak mendapati air, aku tidak mendirikan solat sehingga aku mendapatkannya.” Lalu ‘Ammār ibn Yasīr berkata: “Apakah kamu tidak ingat Wahai Amirul Mukminin, ketika kamu di tempat ini dan ini dan kita menggembala unta dan kita bersama-sama junub?” ‘Umar berkata: “Betul, aku berguling-guling di atas tanah. Kemudian kita datang kepada Nabi SAW dan menceritakan hal tersebut lalu Baginda pun tertawa dan bersabda: “Jika ada tanah memadai bagimu dengan menepukkan kedua-dua tangannya sekali tepukkan (ke tanah) lalu meniupnya dan menggosokkan tangan yang satu ke tangan lainnya kemudian mengusap wajah dengan kedua telapak tangannya.” Lalu ‘Umar berkata: “Bertakwalah kepada Allah kamu wahai ‘Ammār.” Lalu ‘Ammār menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, jika kamu mahu maka tidak akan kuceritakan.” ‘Umar berkata: “Tidak tetapi kami memasrahkan hal tersebut kepadamu”.”

 

Pengajaran

1. Ketika menghadapi suatu persoalan berkaitan hukum agama, para sahabat merujuk terus kepada Rasulullah SAW.

2. Namun jika ketiadaan Baginda, maka para sahabat berijtihad berdasarkan pengalaman mereka. Sejurus selepas itu, mereka selaraskan dengan pandangan Rasulullah SAW.

3. Konsep pengamalan ajaran Islam itu amat mudah dan tidak menyusahkan.

4. Rasulullah SAW mengajarkan cara bertayammum kepada para sahabatnya.

5. Anjuran untuk menutup aib

6. Seorang pendidik tidak boleh menyalahkan secara terus kreativiti yang dilakukan oleh pelajar. Pendidik perlu mengiktiraf daya imaginasi pelajarnya serta membimbing mereka kepada konsep yang sebenar.

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial