Home » Hadis Senyum » Hadis Senyum 9 : Hujan dan Banjir

Hadis Senyum 9 : Hujan dan Banjir

Terjemahan

Daripada [Anas] RA bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, ketika Baginda sedang berkhutbah Jumaat di Madinah, lelaki itu berkata: “Sudah sekian lama hujan tidak turun, maka mintalah hujan kepada Rabbmu!” Lalu Nabi SAW melihat ke langit, dan tidak terlihat banyak awan. Lalu Baginda beristisqa’ (meminta hujan turun), tiba-tiba awan bermunculan dan saling menyatu antara satu dengan yang lain, sehingga hujan pun turun dan mengalirlah aliran-aliran air di Madinah. Hal ini berlangsung sampai Jumaat berikutnya dan tidak berhenti. Kemudian lelaki tersebut atau yang lainnya berdiri ketika Nabi SAW tengah berkhutbah, katanya: “Kami semua telah kebanjiran, maka berdoalah kepada Rabbmu supaya menahan hujan dari kami.” Baginda pun tertawa kemudian berdoa: “Ya Allah, turunkanlah (hujan) di sekitar kami dan bukan pada kami.” Hingga dua atau tiga kali, maka awan-awan pun beralih dari Madinah ke arah kanan dan kiri, menghujani di sekitarnya dan tidak turun di Madinah sedikit pun, ternyata Allah hendak memperlihatkan karamah NabiNya SAW dan mengabulkan doanya”.”

Pengajaran

1. Rasulullah SAW melakukan solat istisqa’ (meminta hujan turun) bagi memohon kepada Allah SWT akan rezeki hujanNya.

2. Anjuran bagi masyarakat awam untuk meminta tokoh alim ulama, asatizah untuk berdoa memohon diturunkan hujan ketika kemarau 

3. Dalam keadaan tertentu, Rasulullah SAW perlu menunjukkan kedekatannya dengan Allah SWT bagi mengukuhkan keimanan para sahabat. Namun kemampuan ini tidak dilakukan oleh Baginda secara terus menerus bagi mengelak ketandusan idea, sifat manja, sikap statik dan tidak kreatif dalam diri sahabatnya.

4. Allah SWT mempunyai kuasa Mutlak sama ada mahu mengkurniakan curahan hujan di satu-satu negeri secara berterusan ataupun menahannya menjadi kemarau.

5. Ketika banjir melanda maka disunnahkan membaca doa ini sebanyak dua ataupun tiga kali:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا

Ya Allah, turunkanlah (hujan) di sekitar kami dan bukan pada kami.

6. Rasulullah SAW mempunyai mukjizat dan dikabulkan setiap doanya. Malahan Baginda menjadi rujukan terbaik masyarakat ketika itu, termasuklah dalam perkara meminta turunnya hujan. Meskipun pemimpin hari ini tidak mempunyai mukjizat, semestinya mereka tetap menjadi tumpuan warganya.

Please follow and like us:
0

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial