Home » Hadis Senyum » Hadis Senyum 8 : Senyum

Hadis Senyum 8 : Senyum

Terjemahan

Dari [‘Āishah] Radiyallahu ‘Anha dia berkata: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW tertawa terbahak-bahak, sehingga terlihat langit-langit dalam mulutnya, Baginda hanya biasa tersenyum.”

Pengajaran

1. Rasulullah SAW adalah individu yang selalu tersenyum dan tidak pernah tertawa terbahak-bahak.

2. Tertawa dinilai makruh jika kerap dilakukan dan melampaui batas. Malah hal ini boleh menghilangkan kewibawaan.

3. Senyum dan ketawa adalah tanda kegembiraan hati yang merupakan sifat semula jadi dalam kehidupan manusia. Namun dalam bergelak ketawa janganlah terlalu berlebihan kerana ianya boleh menjejaskan maruah

4. Dianjurkan untuk mengurangkan ketawa, kerana keterlaluan dalam ketawa adalah menunjukkan ciri-ciri orang yang lalai.

 

 

Please follow and like us:
0

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial