Home » 2018 » April » 17

Daily Archives: April 17, 2018

Hadis Senyum 7 : Malu

Terjemahan

 Daripada [Ummu Salamah] bahawa Ummu Sulaim berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah SWT tidak malu sedikit pun daripada kebenaran, apakah seorang wanita wajib mandi jika ia ihtilam (mimpi basah atau bersetubuh)?” Baginda menjawab: “Ya, jika ia melihat cairan (keluar).” Maka Ummu Salamah tertawa dan berkata: “Apakah wanita juga ihtilam (mimpi basah)?”. Nabi SAW pun bersabda: “Dari manakah seorang anak itu menyerupai ibu bapanya?”.

Pengajaran

1. Mimpi basah juga dialami oleh wanita sebagaimana yang dialami oleh lelaki.

2. Anjuran untuk menggunakan bahasa kiasan yang menunjukkan perhubungan mesra antara suami dengan isteri. Dalam hadis di atas disebutkan fa bimā shabah al-walad (bagaimana seorang anak itu menyerupai ibu bapanya).

3. Keluarnya air mani mewajibkan mandi sama ada bagi lelaki mahupun perempuan, baik dalam keadaan tidur ataupun terjaga.

4. Anjuran membuang sifat malu dalam menuntut ilmu.

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial