Home » 2018 » April » 13

Daily Archives: April 13, 2018

Hadis Senyum 5 : Fakir

Terjemahan

Daripada Abū Hurairah RA katanya: “Ketika kami sedang duduk bersama di sisi Rasulullah SAW, seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: “Binasalah aku wahai Rasulullah.” Rasulullah SAW bertanya: “Apakah yang telah membinasakanmu?” Lelaki itu menjawab: “Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.” Rasulullah SAW bertanya: “Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Rasulullah SAW bertanya: “Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Rasulullah SAW bertanya lagi: “Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin?” Lelaki itu menjawab: “Tidak.” Rasulullah SAW kemudian memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: “Sedekahkanlah ini.” Lelaki tadi berkata: “Apakah kepada orang yang paling miskin di antara kami ya Rasulullah? Demi Allah, tiada lagi di kalangan orang di Madinah ini yang lebih memerlukan selain daripada keluarga kami.” Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah SAW tertawa sehingga kelihatan sebahagian giginya, kemudian Baginda bersabda: “Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri”.”

Pengajaran

1. Larangan melakukan hubungan suami isteri pada siang hari di bulan Ramadan. Kaffarah bagi yang melakukan pelanggaran itu ialah; Memerdekakan seorang hamba, atau berpuasa selama dua bulan berturut-turut, atau memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin.

2. Boleh memberikan sedekah kepada ahli keluarga sendiri. Ini menunjukkan hukum Islam itu bersifat fleksibel/anjal dengan mengambil kira sebab berlakunya suatu permasalahan. Dengan begitu, tahapan hukum yang akan dijatuhkan pada pesalah adalah berbeza antara satu dengan yang lainnya.

3. Anjuran memperbanyakkan amalan bersedekah di bulan Ramadan. Rasulullah SAW adalah individu yang paling dermawan semasa di bulan Ramadan.

4. Pembebasan daripada belenggu perhambaan kepada manusia adalah amat ditekankan. Meskipun jenis perhambaan yang dimaksudkan dalam konteks hadis ini sudah tiada, namun ianya masih relevan dengan bentuk perhambaan moden seperti yang disaksikan pada hari ini. Masih ramai orang fakir dan miskin yang hidup tertindas di bawah kuku besi orang kaya yang tamak haloba.

5. Keberanian yang ditunjukkan oleh lelaki ini perlu dicontohi oleh mana-mana individu yang melakukan jenayah. Malahan kejujurannya mengakui segala kesalahan boleh dijadikan sebagai pengajaran bagi pihak lain yang mendengar.

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial