Home » Hadis Senyum » Hadis Senyum 2 : Madu

Hadis Senyum 2 : Madu

Terjemahan

Dari [‘Āishah] Radiyallahu ‘Anha bahawa Rifā‘ah Al-Quraẓī telah menceraikan isterinya. Setelah perceraiannya berlalu, ‘Abd al-Raḥmān ibn Zubair menikahi isterinya Rifā‘ah. Lalu isterinya Rifā‘ah datang kepada Nabi SAW. ‘Āishah RA melanjutkan: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya wanita tersebut adalah isterinya Rifā‘ah, Rifā‘ah menceraikannya hingga jatuh talak tiga. Setelah itu, isterinya Rifā‘ah menikah dengan ‘Abd al-Raḥmān ibn Zubair. Dan dia, demi Allah wahai Rasulullah, tidaklah bersamanya melainkan seperti hujung kain yang ini.” -sambil mengambil hujung jilbabnya- ‘Urwah melanjutkan: “Waktu itu Abū Bakar Radiyallahu ‘Anhu duduk di sisi Nabi SAW, sementara Khālid ibn Sa‘īd Radiyallahu ‘Anhu duduk di hadapan pintu bilik, supaya ia diizinkan masuk, tiba-tiba ia memanggil Abū Bakar RA: “Wahai Abu Bakar, apakah kamu tidak menegur apa yang telah ia katakan dengan begitu berani di sisi Rasulullah SAW?” Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda: “Sepertinya engkau hendak kembali kepada Rifā‘ah. Tidak, hingga engkau merasakan madunya ‘Abd al-Raḥmān ibn Zubair dan dia merasakan madumu”.”

Pengajaran

1. Wanita yang ditalak tiga tidak boleh dinikahi oleh suami yang telah mentalaknya, sehingga wanita tersebut menikah dengan lelaki lainnya dan telah bersama dengannya.

2. Rasulullah SAW menggunakan gaya bahasa perumpamaan yang amat halus bagi menggambarkan “persetubuhan” dengan “madu”.

3. Anjuran untuk menggunakan bahasa kiasan yang menunjukkan perhubungan mesra antara suami dengan isteri.

4. Berkaitan dengan kemusykilan terhadap amalan beragama, sifat malu seharusnya ditepis bagi memperoleh jawapan yang telus dan sebenar daripada sumber yang berautoriti.

5. Wanita dibenarkan membuka segala rahsia di sebalik bilik tidurnya kepada mahkamah dan perkara ini tidak mengurangkan atau menghilangkan sifat malunya. Malahan ianya adalah maruah yang mesti dipertahankan.

6. Menyatakan sesuatu perkara benar kadang-kadang terasa amat menyakitkan bahkan disalah faham oleh pihak lain. Walau bagaimanapun, ianya perlu dilakukan bagi mendapatkan kepuasan spiritual.

Please follow and like us:
0

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 3.233.226.151

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial