Home » 2018 » April » 09

Daily Archives: April 9, 2018

Hadis Senyum 1 : Arab Badwi

Terjemahan

Daripada [Anas ibn Mālik] dia berkata: “Saya berjalan bersama Rasulullah SAW, ketika itu Baginda memakai kain (syal) Najran yang tebal hujungnya, lalu ada seorang Arab badwi (dusun) yang menemui Baginda. Orang tersebut terus menarik kain Rasulullah SAW dengan kuat. Anas melanjutkan: “Hingga saya melihat permukaan bahu Baginda membekas disebabkan hujung kain akibat tarikan Arab badwi yang kasar itu.” Arab Badwi tersebut berkata: “Wahai Muhammad berikan kepadaku dari harta yang diberikan Allah kepadamu.” Maka Baginda SAW menoleh kepadanya diiringi tawa kemudian meminta salah seorang sahabat untuk memberikan sesuatu kepadanya”.”

Pengajaran

1. Antara sunnah Rasulullah SAW dalam berpakaian adalah memakai kain (syal).

2.Tauladan kepada umat untuk bersikap lemah lembut terhadap orang lain. Tidak mudah untuk menyalahkan pihak lain sebelum mengetahui sebab/alasan di sebalik suatu perbuatan.

3. Dalam hal ini, Rasulullah SAW memahami karakteristik dan sikap orang Arab Badwi yang sememangnya agak kasar.

4. Anjuran untuk bersedekah/berbuat baik kepada orang lain. Melakukan perbuatan baik kepada seseorang yang pernah berbuat baik kepada kita adalah perkara biasa, tetapi berbuat baik kepada seseorang yang pernah berlaku buruk kepada kita adalah sesuatu yang luar biasa.

5. Anas ibn Mālik ibn Nadar ibn Damdam ibn Zaid ibn Ḥaram ibn Jundub ibn ‘Āmir ibn Ghanam ibn ‘Adī ibn Al-Najjār adalah salah seorang kerabat Rasulullah SAW daripada jalur isteri Baginda. Beliau juga murid, pengikutnya dan sahabat yang terakhir meninggal dunia. Anas RA sentiasa menemani Nabi SAW dengan sempurna. Ia benar-benar sempurna dalam bermulazamah kepada Baginda semenjak Baginda hijrah sehingga meninggal dunia. Dia juga banyak mengikuti peperangan bersama Baginda, dan termasuk di kalangan sahabat yang berbaiat di bawah pokok (Bai‘at Riḍwān).  

Please follow and like us:
0


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 18.208.159.25

April 2018
M T W T F S S
« Feb   May »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial