Home » ISU SEMASA » 2017 » NOVEMBER » HUJAN LEBAT, BANJIR DAN PULAU PINANG

HUJAN LEBAT, BANJIR DAN PULAU PINANG

Pulau Pinang dilanda banjir berikutan angin kuat dan hujan lebat disifatkan sebagai yang terburuk dalam sejarah. Fenomena banjir kilat yang berlaku pada hari Ahad 5 November 2017 banjir ini telah menimbulkan pelbagai komen positif dan negatif mengikut pandangan masing-masing dari kalangan masyarakat. Bahkan tidak sedikit dari kalangan mereka menilai bahawa bencana banjir yang melanda Pulau Pinang dan di mana sahaja banjir itu terjadi kerana faktor alam.

Banjir merupakan fenomena alam yang terjadi ketika turunnya hujan. Sebagai khalifah di muka bumi ini kita dituntut untuk terus berusaha meminimumkan dengan segala daya upaya bagi mencegah berlakunya banjir. Islam memandang setiap kejadian bencana adalah atas kehendak Allah SWT yang diturunkan kepada hambaNya untuk menguji tahap kesabaran mereka. Allah SWT berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:

‘Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);’

Banjir yang melanda di suatu tempat sama ada berpunca dek kerana tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab ataupun disebabkan bencana alam itu sendiri. Apabila dilihat dari perbuatan manusia, banjir yang terjadi boleh disebabkan oleh penebangann hutan atau pembuangan sampah di merata tempat dan sebagainya. Akibat dari perbuatan tangan manusia ini telah dijelaskan Allah SWT dalam al-Quran surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud:

‘Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).’

Walaupun pada zahirnya banjir kilat nampak seperti tanda kemurkaan Allah SWT, namun begitu di sebaliknya terdapat rahmat Allah SWT yang amat besar sama ada kita sedari atau tidak. Janganlah kita merasa aman dengan rahmat, kerana azab Allah SWT juga sangat pedih.

Banjir yang terjadi dinilai oleh setengah orang sebagai musibah kerana adanya kehancuran dan kerosakan. Namun bukan bererti orang yang binasa harta bendanya adalah orang yang dimurkai Allah SWT. Murka atau redaNya bukanlah menjadi tugas manusia untuk menentukannya, tetapi hak mutlak Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Segala yang terjadi di muka bumi ini tentu ada hikmahnya. Justeru, orang yang beriman itu adalah yang bersyukur ketika mendapat rahmat, dan bersabar ketika ditimpa musibah.

Akhir sekali, Islam mengajar kepada umatnya agar saling tolong menolong antara satu sama lain. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Dan kepada yang ditimpa musibah kami doakan untuk tetap sabar dan tabah. Semoga kejadian banjir ini memberi pengajaran dan pelajaran kepada semua pihak.

Dr. Zikmal Fuad

Ketua Unit Aqidah & Dakwah

Institut Kajian Hadis (INHAD) KUIS.

Please follow and like us:
0

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Visitor counter

Visits since 2014

Your IP: 3.233.226.151

November 2017
M T W T F S S
    Dec »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial